Jika anda sedang membaca Kenyataan Privasi ini bagi pihak sesuatu badan korporat/perusahaan perniagaan yang mengekalkan/pernah mengekalkan hubungan kontrak dengan Bank (sebagaimana yang ditakrifkan di bawah), Kenyataan Privasi ini bertujuan untuk ditujukan kepada, tanpa batasan, penjamin individu, penanggung kewajipan, pegawai korporat (contohnya penandatangan/perunding yang diberi kuasa dan setiausaha syarikat), pengarah, pemegang saham, pemilik bermanfaat (contohnya pemilik tunggal dan rakan kongsi) badan korporat/perusahaan perniagaan berkenaan (“Individu-individu Berkenaan”) dan “anda” akan ditafsirkan sewajarnya untuk bermakna Individu-individu Berkenaan. Sila membantu untuk menyediakan Kenyataan Privasi ini kepada Individu-individu Berkenaan dalam badan korporat/perusahaan perniagaan anda.
Kenyataan Privasi ini berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi, termasuk data peribadi khas atau sensitif, oleh mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered ("SCB" atau "kami"). Data Peribadi ialah maklumat yang berkaitan dengan individu ("anda").
Pengawal data peribadi anda adalah entiti SCB yang ada atau mungkin ada hubungan dengan anda atau entiti SCB di mana akaun dibuka yang mana anda adalah pihak pemberi jaminan sekuriti. Ibu Pejabat kami juga boleh berfungsi menjadi pengawal Data Peribadi anda. Senarai entiti SCB boleh didapati di https://www.sc.com/en/our-locations/
Data peribadi merangkumi semua maklumat yang dipegang dan dikumpul oleh SCB mengenai anda, secara langsung atau tidak langsung, urus niaga anda, transaksi yang anda laksanakan, maklumat kewangan, interaksi dan urus niaga dengan SCB, termasuk maklumat yang diterima daripada pihak ketiga, domain awam, yang dikumpulkan melalui penggunaan laman web kami, cookies, dan perkhidmatan perbankan elektronik kami.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun dengan SCB, termasuk hubungan Perbankan Korporat dan Institusi, kami akan menghubungkan semua akaun dan data peribadi anda untuk membolehkan kami mempunyai gambaran keseluruhan hubungan anda dengan kami.
Sekiranya anda tidak memberi data peribadi yang diperlukan untuk membolehkan kami memenuhi tanggungjawab di bawah undang-undang dan garis panduan atau membuat perjanjian dengan anda, kami mungkin tidak dapat menawarkan produk atau perkhidmatan yang anda kehendaki.
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda
Bagi membolehkan kami memenuhi perjanjian di antara pihak kami dan anda bagi tujuan produk atau perkhidmatan yang anda pohon, kami perlu memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:
- pemprosesan permohonan untuk produk dan perkhidmatan, melaksanakan proses pembayaran, transaksi, mengemaskini rekod dan menyelesaikan arahan atau permohonan;
- menyediakan produk dan perkhidmatan (termasuk perkhidmatan perbankan elektronik);
- menilai kesesuaian produk dan perkhidmatan;
- penilaian kredit, termasuk menjalankan pemeriksaan kredit dan menetapkan had kredit;
- tujuan operasi;
- tujuan statistik;
- penubuhan, penerusan dan pengurusan perhubungan dan akaun perbankan;
- pengawasan premis dan ATM.
Untuk beberapa tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda pohon, kami mempunyai kewajipan di bawah undang-undang atau peraturan untuk memproses Data Peribadi anda. Tujuan-tujuan ini adalah seperti berikut:
- pencegahan, pengesanan, penyiasatan dan pendakwaan jenayah dalam mana-mana bidang kuasa (termasuk, tidak terhad kepada, pengubahan wang haram, keganasan, penipuan dan jenayah kewangan lain);
- pengesahan identiti, pemeriksaan sekatan kerajaan dan pemeriksaan ketekunan wajar;
- menguatkuasakan tanggungjawab, termasuk tidak terhad kepada pengutipan jumlah tertunggak daripada anda dan pemberian jaminan sekuriti anda untuk kemudahan itu;
- untuk mematuhi undang-undang tempatan atau antarabangsa, garis panduan, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah undang-undang transaksi kewangan, dan tuntutan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, atau badan pertukaran.
Kami juga boleh memproses Data Peribadi anda selaras dengan sebarang kod sukarela; untuk melaksanakan perjanjian antara mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, atau agensi penguatkuasaan; untuk mematuhi polisi (termasuk dasar Kumpulan Standard Chartered) dan piawaian amalan yang baik di mana ia berada dalam kepentingan sah kami untuk berbuat demikian.
Kami juga boleh memproses Data Peribadi anda di mana ia berada dalam kepentingan sah kami bagi mendapatkan nasihat profesional, termasuk, berkaitan dengan sebarang prosiding undang-undang (termasuk mana-mana prospek prosiding undang-undang), untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau untuk menetapkan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang.
Apakah Data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda dan sumbernya
Data peribadi yang akan kami kumpul daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- nama penuh
- nombor pengenalan
- tarikh lahir
- jantina
- bangsa
- jumlah tanggungan
- butiran surat menyurat (termasuk alamat, nombor telefon, alamat e-mel)
- maklumat pekerjaan dan pendapatan
- komitmen kewangan
- hasil pemeriksaan kredit
Kami juga boleh mengumpul data peribadi anda dari sumber yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada biro kredit, agensi rujukan kredit, majikan anda, penjamin anda dan pemegang akaun bersama anda.
Kepada siapa kami boleh mendedahkan Data Peribadi
Mana-mana anggota SCB, termasuk pegawai, pekerja, ejen dan penasihat kami, boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak yang berikut untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas:
- mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered di mana sahaja di dunia, termasuk mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah;
- penasihat profesional (termasuk juruaudit), penyedia perkhidmatan pihak ketiga, ejen atau kontraktor bebas yang menyediakan perkhidmatan untuk menyokong perniagaan SCB;
- rakan-rakan kongsi perniagaan kami yang mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan kepada anda;
- peniaga atau ahli persatuan kad di mana pendedahan adalah berkaitan dengan penggunaan kad;
- apabila berlaku kematian atau ketidakupayaan mental, wakil undang-undang dan penasihat undang-undang anda, dan ahli keluarga terdekat anda untuk tujuan membenarkan mereka membuat bayaran ke atas akaun anda;
- mana-mana pemberi jaminan sekuriti atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk mengendalikan akaun anda dan bertindak bagi pihak anda dalam memberikan arahan, untuk melakukan apa-apa perbuatan lain di bawah perjanjian perbankan kami atau menggunakan apa-apa produk;
- mana-mana orang yang kepadanya pendedahan dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang tempatan atau antarabangsa, peraturan atau mana-mana surat cara lain yang terpakai;
- mana-mana mahkamah, tribunal, pengawal selia, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran, pihak berkuasa cukai, atau mana-mana pihak berkuasa lain (termasuk mana-mana pihak berkuasa menyiasat kesalahan) atau ejennya;
- mana-mana agensi kutipan hutang, biro kredit atau agensi rujukan kredit, koresponden agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans/Takaful, penyedia perlindungan kredit langsung atau tidak langsung dan agensi pencegahan penipuan;
- mana-mana institusi kewangan untuk menjalankan pemeriksaan kredit, pemeriksaan anti-pengubahan wang haram, bagi pencegahan penipuan dan pengesanan jenayah;
- mana-mana pihak yang kami anggap perlu untuk memenuhi permintaan bagi perkhidmatan atau permohonan produk dengan mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered;
- mana-mana pihak yang kami anggap perlu bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan sesuatu produk;
Keselamatan
Data Peribadi mungkin dipindahkan, atau disimpan, di lokasi luar dari negara tempat tinggal anda, yang mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data. Keselamatan data peribadi anda adalah penting bagi kami. SCB mempunyai langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda. Apabila menggunakan pembekal-pembekal perkhidmatan luaran, kami mengkehendaki mereka mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh SCB. Kami mungkin melaksanakan perkara ini melalui peruntukan di dalam kontrak, termasuk apa-apa yang diperlukan oleh pengawal selia privasi, dan pengawasan dari pembekal perkhidmatan. Tidak kira di mana data peribadi dipindahkan, kami mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan data peribadi disimpan dengan baik.
Anda harus sedar bahawa Internet bukanlah suatu bentuk komunikasi yang selamat dan penghantaran sebarang data peribadi melalui Internet mempunyai risiko termasuk risiko akses dan gangguan oleh pihak ketiga. Penyampaian maklumat melalui Internet mungkin dihantar secara antarabangsa (walaupun penghantar dan penerima berada di negara yang sama) menerusi negara-negara yang mempunyai undang-undang perlindungan data dan privasi yang lebih lemah daripada negara tempat tinggal anda.
Terma-terma dan Syarat-syarat yang lain
Mungkin terdapat terma-terma dan syarat-syarat khusus dalam perjanjian perbankan dan produk kami yang mentadbir pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda. Terma-terma dan syarat-syarat tersebut mesti dibaca bersama dengan Kenyataan Privasi ini.
Pengekalan
Kami mengekalkan data peribadi anda selaras dengan tanggungjawab kami dibawah undang-undang serta peraturan dan untuk tujuan perniagaan dan operasi.
Keputusan automatik dan profil
Kami mungkin menggunakan profil, termasuk analisis tingkah laku, untuk membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, untuk membuat keputusan dan mencegah pengubahan wang haram, keganasan, penipuan dan jenayah kewangan lain, contohnya penggunaan profil mungkin membantu kami untuk mencuba dan mengesan samada terdapat penipuan penggunaan kad kredit anda. Jika sebarang profil akan menghasilkan keputusan automatik yang berkaitan dengan anda, pihak kami akan memaklumkan anda dan anda mempunyai hak untuk membincangkan keputusan tersebut dengan kami.
Pemasaran
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda:
- untuk menjalankan penyelidikan pasaran dan tinjauan dengan tujuan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kami;
- untuk tujuan pemasaran, acara promosi, pertandingan dan cabutan bertuah.
Kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut kerana ia adalah dalam kepentingan perniagaan kami untuk berbuat demikian dengan tujuan memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami serta menjana peluang perniagaan. Kami tidak akan menghantar sebarang bahan pemasaran sekiranya anda telah secara khusus meminta kami untuk tidak berbuat demikian. Anda berhak untuk memilih tidak menerima bahan pemasaran pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, sila hubungi cawangan berhampiran atau pegawai perhubungan anda.
Jika anda meminta pihak kami untuk tidak menghantar bahan-bahan pemasaran atau bahan-bahan promosi atau bahan-bahan penyelidikan, kami mungkin akan menyimpan rekod permintaan anda bagi memastikan anda tidak lagi menerimanya.
Pemantauan
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin merakam dan memantau komunikasi elektronik anda dengan kami untuk memastikan pematuhan terhadap obligasi undang-undang dan peraturan serta polisi dalaman kami untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
Hak Anda
Tertakluk kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan / atau garis panduan industri perbankan, anda mungkin mempunyai hak-hak seperti berikut:
- Akses
Untuk meminta salinan data peribadi yang diproses berhubung dengan anda. SCB dibenarkan oleh undang-undang untuk mengenakan bayaran.
- Pembetulan
Untuk meminta kami membetulkan data peribadi anda. Anda boleh berbuat demikian di cawangan berhampiran atau melalui pegawai perhubungan anda.
- Pelupusan
Untuk meminta kami melupuskan data peribadi anda, contohnya jika kami tidak lagi mempunyai sebab yang sah untuk memprosesnya.
- Bantahan
Untuk membantah bagaimana kami memproses data peribadi anda. Ini tidak bermakna anda boleh membuat keputusan atau memilih bagaimana kami memproses data peribadi anda selain berhubung dengan pemasaran. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai bagaimana kami memproses data peribadi anda, sila berbincang di cawangan berhampiran atau dengan Pegawai Perhubungan anda. Kami mungkin tidak dapat menawarkan anda perkhidmatan kami sekiranya anda tidak mahu kami memproses data peribadi yang kami anggap perlu untuk diproses bagi menyediakan perkhidmatan tersebut.
- Sekatan
Untuk menyekat bagaimana data peribadi anda diproses dalam kes-kes yang tertentu, seperti apabila ketepatan Data Peribadi anda dipersoalkan. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, sila berbincang di cawangan berhampiran atau dengan Pegawai Perhubungan anda.
- Kemudahalihan
Untuk meminta salinan data peribadi yang telah anda berikan kepada kami dalam format yang boleh dibaca dengan mesin.
Hubungi Kami
Nombor Pusat Panggilan: 1300 888 888 (Panggilan dari dalam Malaysia) / + 603-7711 8888 (Panggilan dari luar negara)
Alamat E-mel: Malaysia.Feedback@sc.com
Aduan
Jika anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda dan anda tidak berpuas hati dengan cara kami menguruskannya, sila berbincang di cawangan berhampiran anda atau hubungi kami di Pusat Pangillan atau alamat E-Mail seperti di atas.
Anda juga berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa bahagian perlindungan data, jika ada, di negara yang anda ada berurusan dengan pihak Bank, atau jika anda ada berurusan dengan pihak SCB di luar Kesatuan Eropah dan anda berada di sana, Pesuruhjaya Maklumat UK. Butiran boleh dihantar melalui e-mel ke privacy@sc.com
Perubahan kepada Kenyataan Privasi ini
Kami mungkin mengemaskini Kenyataan Privasi ini dari semasa ke semasa dan anda dinasihatkan untuk kerap melawat laman web kami untuk menyemak sebarang pindaan.
Permohonan Pekerjaan bagi Kumpulan Standard Chartered
Sila lihat Kenyataan Privasi Pengambilan Pekerja Baru di https://www.sc.com/en/careers/careers-privacy-statement/
Cookies
Sila lihat Polisi Cookie kami di https://www.sc.com/en/cookie-policy/
Laman Web Berkaitan
Kenyataan Privasi kami tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan dalam talian kami dipaparkan atau dikaitkan dengan laman web pihak ketiga yang tidak diurus atau dikawal oleh pihak kami.