Disclaimer

This link brings you to a 3rd Party Website, over which Standard Chartered Bank Malaysia Berhad has no control ("3rd Party Website"). Use of the 3rd Party Website will be entirely at your own risk, and subject to the terms of the 3rd Party Website, including those relating to confidentiality, data privacy and security.

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad makes no warranties, representations or undertakings about and does not endorse, recommend or approve the contents of the 3rd Party Website.

In addition to the terms stated in Standard Chartered Bank Malaysia Berhad's Important Legal Notices, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad shall have no responsibility or liability in connection with the content of or the consequences of accessing the 3rd Party Website, including any virus arising from or system failure associated with the 3rd Party Website.

Proceed
Privacy Notice

Notis Privasi

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk memastikan maklumat peribadi dan data lain anda sulit dan selamat.

Click here for English Version

Notis Privasi

Melindungi data peribadi anda

Data peribadi anda adalah penting kepada kami, dan kami ingin memastikan anda mengetahui cara kami menggunakan dan melindunginya. Data peribadi adalah maklumat yang mengenal pasti anda atau mengenai anda sebagai individu. Dalam notis privasi ini, kami akan terangkan bagaimana kami mengumpul, berkongsi dan memproses data peribadi anda. Kami juga akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda dan cara pelaksaannya. Dari masa ke masa, kami mungkin juga akan menyediakan kepada anda, di mana relevan, dengan maklumat privasi tambahan dalam notis berasingan untuk saluran, produk, perkhidmatan, perniagaan dan aktiviti tertentu. Dalam notis privasi ini, “kami” merujuk kepada cawangan Kumpulan Standard Chartered, subsidiari atau entiti undang-undang yang beroperasi di bawah jenama Standard Charted yang anda berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memproses data peribadi anda dan memutuskan bagaimana data ini akan dikumpulkan dan digunakan. Kumpulan Standard Chartered bermaksud kepada setiap, atau secara kolektif, Standard Chartered PLC, subsidiarinya dan syarikat bersekutu, termasuk setiap cawangan atau pejabat wakil. Sila rujuk kepada bahagian “Hubungi Kami” dalam notis privasi ini untuk butiran ahli Kumpulan Standard Chartered yang berkaitan, yang menyediakan notis privasi ini. Sesetengah laman web syarikat bersekutu kami mempunyai identiti jenama mereka sendiri dan notis privasi mereka sendiri yang berasingan untuk memberikan maklumat yang relevan tentang produk dan perkhidmatan tertentu yang mereka sediakan. Anda harus merujuk kepada notis privasi yang relevan seperti yang diarahkan oleh syarikat bersekutu tersebut berkenaan dengan bagaimana mereka menggunakan data peribadi anda. Notis privasi ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan-iklan dalam talian kami dipaparkan atau dipautkan kepada laman web pihak ketiga yang berkaitan yang kami tidak operasikan atau kawal. Laman web ini seharusnya mempunyai notis peribadi mereka sendiri, yang anda boleh baca untuk memahami bagaimana mereka mengumpul dan memproses data peribadi anda dan hak-hak anda. Kami akan mengemaskini notis privasi ini dari semasa ke semasa. Anda boleh mencari tarikh versi terkini yang tersenarai di hujung notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai data peribadi anda, sila jangan ragu untuk menghubungi kami (anda boleh mencari butiran kami di bawah ‘Hubungi Kami’ di bawah).

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut tentang anda. Dalam notis privasi ini, “anda” merujuk kepada anda sebagai individu, sebagaimana yang relevan jika anda adalah:

  • seorang pelanggan perbankan peribadi;
  • seorang wakil daripada, atau seorang individu secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan atau dikaitkan dengan: (i) sebuah syarikat, perniagaan atau organisasi yang adalah pelanggan perbankan peribadi kami; atau (ii) seseorang individu atau sebuah syarikat, perniagaan atau organisasi yang mempunyai hubungan dengan pelanggan perbankan peribadi kami; atau
  • seorang wakil daripada, atau seorang individu secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan atau dikaitkan dengan: (i) sebuah syarikat, perniagaan atau organisasi yang adalah pelanggan perbankan perniagaan atau korporat kami; atau (ii) seseorang atau sebuah syarikat, perniagaan atau organisasi yang mempunyai hubungan dengan pelanggan perbankan perniagaan atau korporat kami.

Data peribadi yang kami kumpul berkenaan dengan hubungan pelanggan perniagaan dan korporat terutamanya terhad kepada maklumat tentang pengarah dan pegawai, pekerja lain, pemilik manfaat secara langsung dan tidak langsung serta orang-orang yang diberi kuasa yang kami perlukan untuk memenuhi kewajipan usaha wajar kami, butiran penandatangan dan maklumat hubungan individu yang kami berhubung dengan untuk membolehkan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.

Jika anda memberi kami data peribadi seseorang lain, anda mesti mempunyai kebenaran mereka dan menerangkan kepada mereka bagaimana kami akan menggunakannya.

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut, sebagaimana yang relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Data identifikasi – maklumat yang mengenal pasti (secara unik atau semi-unik) anda. Sebagai contoh, nama anda, tarikh lahir anda, jantina anda, kredensial log masuk pengguna anda, nama ibu bapa anda, tempat kelahiran, gambar anda, rakaman audio, CCTV dan video anda serta pengecam lain, termasuk pengecam rasmi/ kerajaan seperti nombor pengenalan, nombor pasport dan nombor pengenalan cukai
  • Data hubungan – maklumat yang membolehkan mengalamatkan, menghantar atau berkomunikasi mesej kepada anda. Sebagai contoh, e-mel anda, nombor telefon anda, dan alamat kediaman atau perniagaan anda
  • Data profesional – maklumat mengenai latar belakang pendidikan atau profesional anda
  • Data kewangan dan komersial – maklumat akaun dan transaksi anda atau maklumat yang mengenal pasti kedudukan kewangan dan latar belakang, status dan sejarah anda, yang diperlukan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang relevan. Sebagai contoh, butiran kad debit atau kredit anda, sumber dana anda, sejarah penilaian kewangan dan kredit anda
  • Data geolokasi – maklumat yang menyediakan atau mengandungi lokasi peranti. Sebagai contoh, alamat protokol internet (IP) anda atau pengecam kuki anda
  • Data tingkah laku – maklumat analitik yang menggambarkan ciri-ciri tingkah laku anda semasa menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, aktiviti transaksi biasa, tingkah laku melayari di laman web kami dan bagaimana anda berinteraksi sebagai pengguna produk dan perkhidmatan kami, atau yang disediakan oleh organisasi pihak ketiga, seperti rakan kongsi pengiklanan kami dan penyedia platform media sosial
  • Data hubungan peribadi – maklumat mengenai persatuan atau hubungan rapat di antara individu atau entiti yang boleh menentukan identiti anda. Sebagai contoh, hubungan pasangan atau majikan
  • Data komunikasi – maklumat yang berkaitan dengan anda yang terkandung dalam suara, mesej, e-mel, sembang langsung dan komunikasi lain yang kami ada dengan anda. Sebagai contoh, permintaan perkhidmatan

Kadang-kadang, kami mungkin perlu mengumpul data peribadi yang lebih sensitif mengenai anda, tetapi kami hanya melakukan ini jika perlu dan dengan persetujuan anda, atau di mana dibenarkan oleh undang-undang. Data peribadi sensitif ini (kadang-kadang dikenali sebagai data peribadi kategori khas) mungkin termasuk perkara seperti:

  • Data asal keturunan atau etnik – maklumat yang mendedahkan asal keturunan atau etnik anda
  • Data politik – maklumat yang mendedahkan pendapat politik anda
  • Data agama atau falsafah – maklumat yang mendedahkan kepercayaan agama atau falsafah
  • Data biometrik – maklumat yang mengenal pasti anda secara fizikal. Sebagai contoh, maklumat pengenalan muka, sidik jari anda atau maklumat pengenalan suara
  • Data kesihatan – maklumat mengenai status kesihatan anda. Sebagai contoh, maklumat ketidakupayaan yang relevan kepada kebolehcapaian
  • Data sabitan jenayah, prosiding atau dakwaan – maklumat mengenai sabitan jenayah atau maklumat berkaitan yang kami kenal pasti berhubungan dengan tanggungjawab pencegahan jenayah kewangan kami, sebagai contoh, butiran mengenai sebarang sabitan jenayah atau maklumat berkaitan. Ini termasuk butiran kesalahan atau dakwaan kesalahan atau sabitan.

Kami biasanya mendapatkan data peribadi anda secara langsung daripada anda, tetapi kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda dari sumber lain jika perlu, bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang relevan yang kami sediakan, termasuk daripada:

  • Orang yang anda kenali – seperti:
    • ibu bapa atau penjaga bagi orang belum dewasa. Jika anda seorang orang belum dewasa (biasanya ini bermaksud jika anda di bawah 18 tahun, tetapi ini mungkin lebih muda bergantung pada di mana anda tinggal). Kami akan mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda sebelum mengumpul, menggunakan atau berkongsi data peribadi anda
    • pemegang akuan bersama anda
    • referi anda; dan
    • orang lain yang anda lantik untuk bertindak bagi pihak anda
  • Perniagaan dan organisasi lain – seperti:
    • majikan anda dan/atau syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • institusi kewangan lain dan penyedia perkhidmatan kewangan
    • rakan rujukan strategik, termasuk persekutuan perniagaan, rakan kongsi bersama jenama atau syarikat atau organisasi lain yang Kumpulan Standard Chartered bekerjasama dengan berdasarkan persetujuan kontraktual kami atau usaha sama lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang relevan
    • rakan kongsi perkhidmatan, seperti syarikat pengiklanan dan penyelidikan pasaran dan penyedia platform media sosial
    • agensi rujukan kredit dan pencegahan penipuan
    • entiti peraturan dan lain-lain dengan kuasa ke atas Kumpulan Standard Chartered, seperti pihak berkuasa cukai, penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa yang mengenakan sekatan kewangan
  • Pelanggan korporat dan perniagaan kami – di mana anda menerima manfaat daripada perkhidmatan kami berkenaan dengan kontrak kami dengan syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda berinteraksi dengan. Sebagai contoh, menyelesaikan pertikaian pembayaran dengan pelanggan peniaga kami
  • Sumber yang boleh didapati secara umum – seperti daftar atau direktori dalam talian atau penerbitan dalam talian, catatan media sosial dan maklumat lain yang boleh didapati secara umum.
  • Kuki – apabila anda melawat, melayari atau menggunakan laman web kami, perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat tertentu dari peranti anda secara automatik. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, di mana relevan, untuk analisis dalaman dan penyelesaian masalah, mengenali anda dan mengingat keutamaan anda, meningkatkan kualiti dan memperibadikan kandungan kami dan menentukan status keselamatan akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan bagaimana anda boleh mengawalnya semasa melawat laman web kami, sila rujuk kepada Dasar Kuki kami.

Kami mengumpul data peribadi anda supaya kami boleh menyediakan produk dan perkhidmatan kami, menguruskan hubungan kami dengan pelanggan dan menjalankan perniagaan kami. Ini adalah diperlukan apabila anda memiliki akaun bank sendiri dengan kami dan juga apabila anda mewakili, atau dikaitkan dengan individu, syarikat, perniagaan atau organisasi yang mempunyai akaun bank dengan kami, sebagai contoh, jika anda bertindak sebagai penjamin, pekerja, pemegang saham, pengarah, pegawai atau orang yang diberi kuasa.

Jika anda memiliki atau dikaitkan dengan lebih dari satu akaun dengan Kumpulan Standard Chartered, kami mungkin mengaitkan semua akaun dan data peribadi anda untuk membolehkan kami mempunyai suatu gambaran keseluruhan hubungan pelanggan kami.

Apa yang kami gunakan data peribadi anda untuk sentiasa dirujuk kepada tujuan kami dalam pemprosesan dan ini adalah dinyatakan di bawah. Kami secara amnya memproses data peribadi anda dengan persetujuan anda di mana diperlukan oleh undang-undang atau di mana dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.

Sementara pemberian data peribadi anda adalah sukarela, kami mungkin tidak dapat menawar atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan atau tidak mahu kami memproses data peribadi yang kami berpendapat perlu dan/atau diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami.

Tujuan Pemprosesan
Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, sebagaimana yang diperlukan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang relevan, bergantung sama ada anda memiliki akaun bank sendiri dengan kami atau anda mewakili, atau dikaitkan dengan individu, syarikat, perniagaan atau organisasi lain yang memiliki akaun bank dengan kami.

Menilai dan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami

Ini termasuk:

  • menilai kelayakan, merit dan/atau kesesuaian pemohonan produk dan perkhidmatan untuk pelanggan; kami mungkin mengekalkan rekod permohonan jika kriteria kelayakan kami tidak dipenuhi
  • menilai kesesuaian anda sebagai penjamin individu
  • menjalankan usaha wajar yang relevan dan semakan kenali pelanggan anda (KYC) sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan
  • menjalankan semakan kredit dan penilaian kewangan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan
  • menetapkan had kredit untuk pelanggan
  • memperoleh sebut harga, membantu dengan permohonan dan berinteraksi dengan rakan kongsi rujukan strategik bagi pihak pelanggan untuk jenama bersama dan produk dan perkhidmatan pihak ketiga lain, seperti insurans dan produk pengurusan kekayaan
  • membuka akaun.

Menguruskan hubungan perbankan dan pentadbiran akaun pelanggan

Ini termasuk:

  • menubuhkan, meneruskan dan menguruskan hubungan dan akaun perbankan pelanggan dengan kami atau, jika berkenaan, mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered
  • menyediakan akses yang sesuai kepada pelanggan untuk produk dan perkhidmatan kami, seperti platform perbankan dalam talian dan mudah alih kami
  • menjalankan, menyediakan, mengkaji semula dan menilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh, atau melalui kami atau mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered, untuk memenuhi obligasi kontraktual kami dengan pelanggan untuk produk dan perkhidmatan
  • melaksanakan dan mengesahkan transaksi dan bertindak atas arahan atau permintaan, seperti memindahkan wang antara akaun dan membuat pembayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pelanggan
  • mengekalkan rekod terkini orang-orang yang diberi kuasa dan senarai tandatangan
  • mengekalkan penyata yang menunjukkan jumlah hutang yang terhutang kepada atau oleh anda
  • mentadbir, sebagai contoh, kemudahan kredit atau pinjaman untuk pelanggan
  • mengekalkan maklumat hubungan
  • menjawab soalan atau menguruskan sebarang aduan, termasuk memantau perbualan dan catatan media sosial untuk mengenal pasti perbualan, sentimen, dan aduan mengenai Kumpulan Standard Chartered
  • mengeluarkan pemberitahuan mengenai perubahan terhadap terma dan syarat produk dan perkhidmatan kami
  • merakam komunikasi kami untuk tujuan penyimpanan rekod dan bukti termasuk mesej dalam talian emel dan telefon
  • menghubungi pelanggan berkenaan dengan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan
  • memudahkan perbankan terbuka untuk pelanggan, termasuk dengan Penyedia Perkhidmatan Maklumat Akaun (AISPs).

Mengendalikan perniagaan kami

Ini termasuk:

  • menguruskan pengesahan dan kawalan akses pengguna untuk pelangan, sebagai contoh, untuk perbankan dalam talian dan mudah alih
  • audit operasi perniagaan kami
  • mencipta dan mengekalkan model penilaian kredit kami berkaitan dengan pelanggan
  • melakukan aktiviti pengurusan kredit yang relevan, yang termasuk mengekalkan sejarah kredit pelanggan untuk rujukan masa kini dan masa depan, mengemaskini biro kredit dan agensi rujukan kredit serta memastikan kelayakan kredit berterusan dan semakan audit
  • membantu bank-bank lain dan pihak ketiga untuk mendapatkan semula dana yang telah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan akibat pembayaran yang salah
  • melibatkan dalam pengurusan operasi perniagaan, seperti menjalankan tugas-tugas pentadbiran berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami sediakan, pemantauan dan pelaporan portflio kewangan kami, aktiviti pengurusan risiko, audit dan memastikan operasi dan keselamatan komunikasi kami dan sistem pemprosesan, pembangunan dan ujian sistem, perancangan perniagaan dan pembuat keputusan.

Menambahbaikkan product dan perkhidmatan kepada pelanggan kami

Ini termasuk:

  • membangunkan, menguji dan menganalisa sistem, produk dan perkhidmatan kami
  • memantau dan merakam komunikasi kami dengan anda, sebagai contoh, panggilan telefon, untuk tujuan latihan dan kualiti
  • melakukan kajian pasaran dan tinjauan kepuasan pelanggan
  • mereka bentuk produk dan perkhidmatan kami untuk kegunaan anda, sebagai contoh kad kredit
  • melakukan analisis demografi dan mengumpulkan pandangan dengan mengagregasikan data seperti data tingkah lakutingkah laku dari penggunaan produk dan perkhidmatan kami serta aplikasi kami untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang lebih disesuaikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemasaran langsung, sila rujuk ke bahagian “Bila kami menjalankan pemasaran langsung” dalam notis privasi ini.

Memastikan anda dan kakitangan kami selamat

Ini termasuk:

  • melakukan semakan pengesahan identiti untuk akses bangunan
  • menggunakan rakaman pengawasan CCTV di cawangan kami, premis dan ATM untuk tujuan mencegah dan mengesan penipuan dan/atau jenayah lain, seperti pencurian
  • menyiasat dan melaporkan kejadian atau kecemasan di hartanah dan premis kami
  • untuk keselamatan sistem dan rangkaian kami agar data anda selamat dan sulit
  • untuk tujuan pematuhan kesihatan dan keselamatan yang lain
  • memantau perbualan dan catatan media sosial untuk melindungi pelanggan daripada berkongsi data secara awam yang boleh digunakan untuk penipuan

Mengesan, menyiasat dan mencegah jenayah kewangan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah atau aturan untuk berkongsi data dan maklumat dengan Kumpulan Standard Chartered
  • penggunaan lain data dan maklumat selaras dengan program seluruh kumpulan untuk pematuhan terhadap sekatan atau pencegahan atau pengesanan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas atau aktiviti haram lain
  • melakukan semakan pengesahan identiti keselamatan terhadap pangkalan data kerajaan dan rasmi lain, sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang
  • memantau dan merakam komunikasi suara dan elektronik serta menyemak aplikasi dan transaksi berhubung dengan penipuan sebenar atau disyaki, jenayah kewangan atau aktiviti jenayah lain, sebagai contoh untuk mengesan tingkah laku transaksi yang luar biasa
  • merakam dan memantau komunikasi suara dan elektronik dengan kami, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, peraturan kami dan dasar dalaman
  • menjalan semakan terhadap pencegahan penipuan kerajaan dan pihak ketiga bukan kerajaan dan pangkalan data pencegahan jenayah kewangan lain untuk mencegah pengubahan wang haram, keganasan, penipuan dan jenayah kewangan lain, untuk melindungi anda, pelanggan kami dan integriti pasaran kewangan. Rekod sebarang risiko penipuan atau pengubahan wang haram akan disimpan oleh agensi pencegahan penipuan dan mungkin mengakibatkan orang lain menolak untuk menyediakan perkhidmatan atau pekerjaan kepada anda.

Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang berkenaan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur siasatan, langkah-langkah or aturan untuk berkongsi data dan maklumat dalam Kumpulan Standard Chartered
  • mematuhi undang-undang tempatan dan asing yang berkenaan, peraturan, kaedah, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, permintaan, garis panduan, sekatan kerajaan, embargo, keperluan pelaporan, sekatan, tuntutan dari atau perjanjian dengan mana-mana pihak berkuasa (termasuk pihak berkuasa cukai tempatan atau asing), mahkamah atau tribunal, agensi penguatkuasa atau badan pertukaran di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi. Sebagai contoh, kami mungkin berkongsi data peribadi yang berkaitan dengan akaun peribadi anda dengan pihak berkuasa cukai tempatan mengikut undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Pihak berkuasa cukai tempatan mungkin berkongsi atau mungkin memerlukan kami untuk berkongsi maklumat tersebut dengan pihak berkuasa cukai asing lain mengikut undang-undang atau peraturan yang berkenaan (contohnya, undang-undang dan peraturan cukai yang berkaitan dengan pertukaran maklumat akaun kewangan secara automatik) Kami mungkin juga perlu mengumpul maklumat tambahan daripada anda untuk tujuan tersebut bagi mematuhi undang-undang atau peraturan yang berkenaan.
  • mengikut sebarang garis panduan atau cadangan sukarela yang mungkin dikemaskini dari masa ke masa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa undang-undang, peraturan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang, atau pihak berkuasa lain, atau badan pengawal selia atau badan industri atau persatuan penyedia perkhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.

Melaksanakan hak-hak undang-undang Kumpulan Standard Chartered dan menjalankan prosiding undang-undang

Ini termasuk:

  • menjejaki dan melaksanakan hak kami serta melindungi diri kami daripada ancaman terhadap hak dan kepentingan kami
  • menyimpan rekod yang mungkin diperlukan sebagai bukti untuk sebarang litigasi atau penyiasatan atau siasatan yang berpotensi
  • mendapatkan bayaran hutang dan tunggakan
  • menjalankan litigasi untuk menguatkuasakan hak kami atau hak mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • mendapatkan nasihat profesional
  • menyiasat atau membuat tututan insurans
  • menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding yang berkaitan dengan insurans
  • membelakan atau menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding semasa atau prospektif, mengenai undang-undang, kerajaan atau kuasi-kerajaan, badan pengawal selia, badan industri atau persatuan untuk menubuhkan, melaksanakan atau membelakan hak undang-undang.

Memudahkan penggabungan, permerolehan, dan pelupusan  Kumpulan Standard Chartered

Ini termasuk:

  • menilai perniagaan kami dan menyediakan kesinambungan perkhidmatan kepada anda selepas permindahan perniagaan kami sebagai hasil dari penggabungan, permerolehan, perjualan atau pelupusan
  • membolehkan pemegang serah hak sebenar atau berpotensi terhadap keseluruhan atau sebahagian dari perniagaan dan/atau aset kami atau peserta atau sub-peserta hak kami berkenaan dengan subjek data, untuk menilai transaksi yang dimaksudkan untuk menjadi subjek penyerahan hak, penyertaan atau sub-penyertaan

Kadang-kadang, dengan persetujuan anda dengan memberikan maklumat notis privasi tambahan seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kami mungkin akan menggunakan butiran hubungan anda untuk menghantar kepada anda komunikasi pemasaran yang relevan (seperti melalui pos, e-mel, telefon, SMS, mesej disulitkan, aplikasi mudah alih atau media sosial) untuk tujuan pemasaran langsung.

Kami mungkin menghantar jenis-jenis komunikasi berikut (melainkan anda telah memaklumkan kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi tersebut):

  • berita, tawaran dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami atau Kumpulan Standard Chartered lain
  • maklumat mengenai produk dan perkhidmatan daripada atau berkaitan dengan pihak ketiga, seperti institusi kewangan, syarikat insurans, syarikat kad kredit, sekuriti dan pelaburan, penyedia perkhidmatan dompet mudah alih dan pembayaran digital
  • butiran mengenai program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan kami atau pihak ketiga yang relevan dan perkhidmatan dan produk yang berkenaan
  • maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan kongsi jenama bersama kami (name rakan kongsi jenama bersama tersebut boleh ditemui dalam borang permohonan untuk produk dan perkhidmatan yang berkenaan, mengikut kes)
  • kajian pasaran dan tinjauan kepuasan pelanggan
  • maklumat mengenai pertandingan dan cabutan bertuah kami atau pihak ketiga yang relevan
  • rayuan oleh kami atau pihak ketiga yang relevan untuk sumbangan amal dan/atau bukan untuk tujuan keuntungan, penajaan dan sumbangan; dan
  • maklumat dan komunikasi berkaitan dengan seminar, webinar dan acara atau peluang lain yang relevan, daripada kami atau pihak ketiga yang relevan

Kami mungkin menjalankan kajian pasaran menggunakan analitik demografi dan pandangan dengan mengagregasikan data peribadi yang kami memperoleh mengenai anda untuk menyediakan anda dengan komunikasi pemasaran, yang lebih relevan dan disesuaikan untuk anda.

Kami mungkin berkongsi maklumat yang terhad mengenai anda dengan penyedia platform media sosial yang kami guna khidmatkan untuk tujuan pengiklanan media sosial dalam talian di mana anda telah membenarkan kami dan penyedia platform media sosial untuk menggunakan kuki yang menyokong pemasaran kami di platform ini. Sebagai contoh, untuk menyemak sama ada anda mempunyai akaun dengan penyedia platform media sosial untuk meminta mereka memaparkan mesej komunikasi pemasaran yang lebih relevan kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan kami atau untuk mengecualikan anda dari menerima iklan untuk produk dan perkhidmatan kami yang anda telah gunakan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan kuki berhubung dengan pemasaran, sila rujuk Dasar Kuki kami.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda atau memilh untuk tidak menerima komunikasi pemasaran tersebut mengikuti hak anda dengan menghubungi kami dengan menggunakan butiran dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kami mungkin menggunakan data peribadi yang kami kumpul untuk menjalan analisis data, termasuk profil dan analisis tingkah laku, untuk membuat keputusan automatik yang lebih cepat dalam operasi perniagaan kami dan untuk menilai ciri-ciri peribadi anda untuk menjangkakan hasil dan risiko. Kami memerlukan bahawa peraturan yang diikuti oleh sistem automatik ini direka untuk membuat keputusan yang adil dan objektif. Kami mungkin menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk membantu peningkatan komunikasi dan pengalaman pelanggan, menjadikan proses operasis perniagaan kami lebih selamat dan lebih cekap dan membolehkan kami untuk memberikan respons yang lebih cepat dan meningkatkan masa pusing ganti. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan pembuat keputusan automatik untuk perkara berikut:

  • Proses pendaftaran digital pelanggan – proses kelulusan pembukaan akaun menggunakan semakan elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (eKYC) dengan mengesahkan ketulenan dokumen pengenalan yang diimbas dan foto melalui pengenalan wajah biometrik dan semakan kehidupan
  • Kecekapan operasi – voicebot untuk pengesahan identifikasi pusat panggilan
  • Penglibatan pelanggan – kempen pemasaran pelanggan dan komunikasi untuk mengesyorkan produk dan perkhidmatan yang lebih disesuaikan berdasarkan pandangan dari data peribadi anda dan interaksi anda dengan penasihat robot dan chatbots
  • Pengurusan risiko – pemantauan akaun dan transaksi untuk mengesan aktiviti yang luar biasa untuk mencegah penipuan atau pengubahan wang haram, keganasan dan jenayah kewangan lain (sebagai contoh, mengesan sama ada penggunaan kad kredit anda mungkin adalah penipuan) dan kelulusan permohonan pinaman dan keputusan kredit berdasarkan model penilaian kredit.

Untuk maklumat lanjut mengenai hak ada berkenaan dengan keputusan automatik yang mempengaruhi anda, sila rujuk ke bahagian ‘Apakah hak perlindungan data peribadi anda?’

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Kumpulan Standard Chartered. Kumpulan Standard Chartered mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan seperti yang digariskan dalam notis privasi ini, termasuk dengan penyedia perkhidmatan kami, rakan niaga kami, pihak ketiga yang lain serta yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa. Siapa pihak-pihak tersebut bergantung kepada interaksi anda dengan kami sebagai individu.

Kami membataskan bagaimana, serta dengan siapa, kami berkongsi data peribadi anda, dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan data peribadi anda dijaga dengan sulit dan dilindungi apabila kami berkongsi. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan berikut, di mana relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • Pihak ketiga yang diberi kuasa
    • penjaga undang-undang, pemegang akaun bersama, penjamin/ sepenanggung, pemegang amanah, wasi, pentadbir, wakil undang-undang atau orang yang diberi kuasa oleh pelanggan kami yang sebenar atau yang dimaksudkan, mana-mana peserta atau sub-peserta yang sebenar atau dimaksudkan, berhubung dengan mana-mana kewajipan kami berkenaan dengan mana-mana perjanjian perbankan, pemegang serah hak, penerima novasi atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau penasihat daripada mana-mana daripada mereka).
    • mana-mana orang lain yang anda telah memberi kuasa kepada kami dengan persetujuan anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan.
  • Pihak ketiga yang boleh mengesahkan maklumat anda
    • biro kredit atau agensi rujukan kredit (termasuk pengendali mana-mana pangkalan data berpusat yang digunakan oleh agensi rujukan kredit), penyedia perlindungan kredit, agensi penilaian, agensi kutipan hutang agensi pencegahan penipuan dan organisasi
    • pihak ketiga bukan kerajaan lain yang menjalankan semakan pangkalan data pencegahan jenayah kewangan untuk mencegah pengubahan wang haram, keganasan, penipuan serta jenayah kewangan lain.
  • Rakan perkhidmatan kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga
    • penasihat profesional seperti juruaudit, peguam, perunding hartanah dan pakar penilaian aset
    • syarikat insurans atau broker insurans
    • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti penyedia perkhidmatan operasi, pentadbiran, pemprosesan data dan teknologi lain, termasuk sesiapa yang dilantik atau berkerjasama dengan untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan atau pembaikan dalam Kumpulan Standard Chartered atau penyediaan produk dan perkhidmatan
    • penyedia perkhidmatan profesional, seperti penyelidik pasaran, penyiasat forensik dan perunding pengurusan
    • syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial
    • penyedia produk pihak ketiga, contohnya, penyedia sekuriti dan pelaburan, pengurus dana dan syarikat insurans
    • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti ejen jualan langsung dan telemarketing dan pusat panggilan
  • Rakan kongsi rujukan strategik
    • rakan persekutuan perniagaan, rakan kongsi jenama bersama atau syarikat atau organisasi lain yang Kumpulan Standard Chartered berkerjasama berdasarkan perjanjian kontraktual atau usaha sama lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan
    • organisasi amal dan bukan untuk keuntungan
  • Organisasi perkhidmatan kewangan lain
    • Institusi kewangan lain, seperti bank peniaga, bank kosresponden atau bank kebangsaan
    • Penyedia infrastruktur pasaran dan penyedia sekuriti penjelasan
    • Penyedia perkhidmatan pembayaran, termasuk penyedia dompet mudah alih dan perkhidmatan pembayaran digital, peniaga, syarikat pemerolehan peniaga, syarikat kad kredit, pemproses pembayaran dan ahli persatuan kad, penyedia perkhidmatan permulaan pembayaran dan perkhidmatan instrumen pembayaran berasaskan kad seperti VISA dan Mastercard
    • Penyedia Perkhidmatan Maklumat Akaun (AISP)
    • mana-mana institusi kewangan dan syarikat permerolehan peniaga yang mempunyai hubungan dengannya.
  • Pihak berkuasa kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang
    • seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, yang termasuk mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, penguasa, badan pentadbiran, regulatori atau badan penyeliaan, mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan penukaran atau pihak berkuasa cukai domestik atau asing, yang mempunyai bidang kuasa ke atas mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda dan sama ada ahli Kumpulan Standard Chartered tersebut mempunyai hubungan dengan anda
    • badan pengawal selia sendiri atau persatuan penyedia pekhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang berkenaan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • Pihak ketiga lain
    • individu, syarikat, perniagaan atau organisasi, yang berkenaan, yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • pihak ketiga dalam kes penggabungan, pengambilalihan atau pelupusan: jika kami memindahkan (atau merancang untuk memindahkan) atau menyerahkan mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami. Jika transaksi ini berlangsung, pihak berminat mungkin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda dengan cara yang sama seperti yang dinyatakan dalam notis privasi ini, and kemudiannya memberitahu anda tentang sebarang perubahan yang mungkin mereka lakukan sehubungan dengan bagaimana mereka memproses data peribadi anda
    • mana-mana orang lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada kami, termasuk mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered, yang telah mengusahakan untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Data peribadi anda mungkin diproses, disimpan, dikongsi, dipindah atau didedahkan oleh kami di dalam Kumpulan Standard Chartered atau dengan pihak ketiga lain untuk tujuan-tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini. Kami melakukan ini untuk beroperasi secara berkesan, cekap dan selamat dalam memudahkan transaksi serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami, untuk menambahbaik serta menyokong proses kami dan operasi perniagaan serta untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami. Ini mungkin melibatkan pemprosesan, penyimpanan, perkongsian, pemindahan dan pendedahan data peribadi anda merentas sempadan ke bidang kuat kuasa lain.

Apabila penerima data peribadi anda berada dalam bidang kuasa yang di luar Malaysia, dan mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data tempatan yang serupa dengan Malaysia, kami akan mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi anda mempunyai tahap perlindungan dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan mencukupi untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Kami mengambil keseriusan terhadap privasi dan keselamatan data peribadi anda. Untuk melindungi data anda, kami telah menetapkan pelbagai langkah teknikal, fizikal dan organisasi untuk melindungi dan merahsiakan data peribadi anda, sebagai contoh, dengan menggunakan kontrak dengan syarat kerahsiaan, perlindungan data dan keselamatan yang sesuai dalam perjanjian kami dengan pihak ketiga. Kumpulan Standard Chartered telah melaksanakan dasar keselamatan privasi data, termasuk prosedur pengurusan dan pelaporan insiden, peraturan dan langkah teknikal untuk melindungi data peribadi serta mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan. Kami melatih dan memerlukan pekerja kami yang mengakses data peribadi anda untuk mematuhi standard privasi dan keselamatan data kami. Kami memerlukan penyedia perkhidmatan kami, atau pihak ketiga lain yang kami mengguna khidmat serta yang kami mendedahkan data peribadi anda untuk melaksanakan standard serta langkah kerahsiaan, privasi data dan keselamatan yang serupa semasa mereka mengendalikan, mengakses atau memproses data peribadi anda.

Untuk tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini, kami menyimpan data anda atas sebab operasi peniagaan atau undang-undang semasa anda berurusan dengan kami dan mungkin menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh masa selepasnya, bergantung pada jenis data peribadi tersebut, mengikut standard dasar penyimpanan data kami dan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami akan memadam, menganonimkan, memusnahkan dan/atau berhenti menggunakan data peribadi anda apabila kami tidak memerlukannya lagi.

Kami menghormati data peribadi anda, dan anda mempunyai hak-hak berikut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda:

  • Hak anda untuk mengakses data anda – anda mempunyai hak untuk menyemak sama ada kami memegang data peribadi mengenai anda, dan anda boleh meminta salinan data tersebut dan maklumat tentang bagaimana kami telah menggunakannya.
  • Hak anda untuk membetulkan data anda – jika butiran peribadi anda telah berubah, atau anda percaya kami mempunyai maklumat yang salah atau luput tentang anda, anda boleh meminta kami mengemaskini maklumat tersebut.
  • Hak anda untuk memadamkan data anda – anda boleh meminta kami memadam data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk menyekat atau membantah pemprosesan – anda boleh meminta kami berhenti menggunakan data anda atau mengubah cara-cara kami menggunakannya. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk berurusan dengan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk membantah pembuatan keputusan automatik – anda boleh meminta kami mengkaji semula keputusan yang dibuat semata-mata melalui pemprosesan automatik jika keputusan tersebut memberi kesan negatif kepada anda.
  • Hak anda untuk kemudahan peralihan data – anda boleh meminta kami menyediakan data peribadi anda kepada organisasi lain dalam format yang muda dibaca oleh mesin
  • Hak anda untuk tidak memberi atau mengubah atau menarik balik persetujuan – dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan persetujuan tersebut atau memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda telah berubah fikiran tentang persetujuan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda tanpa data peribadi tertentu.
  • Hak anda untuk menarik diri daripada pemasaran langsung – anda boleh menarik balik persetujuan anda dan memberitahu kami pada bila-bila masa untuk berhenti menghantar e-mel pemasaran atau jemputan ke kaji selidik pada bila-bila masa.

Kami akan bertindak balas kepada permintaan untuk melaksanakan hak data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Kami mungkin meminta anda untuk mengesan identiti anda sebelum memproses permintaan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang hak-hak anda, sila hubungi kami melalui butiran di bawah.

Syarikat-syarikat berikut dari Kumpulan Standard Chartered bertindak sebagai pengguna data (kadang-kadang dikenali sebagai pengawal dalam bidang kuasa lain) yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda di Malaysia:

  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad
  • SCBMB Trustee Berhad

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang notis privasi ini atau ingin melaksanakan sebarang hak-hak perlindungan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di:

Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
Tingkat 25,
Equatorial Plaza,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Nombor Pusat Perhubungan:

1300 888 888 (Panggilan dari dalam Malaysia) /
03-7711 8888 (Panggilan dari luar negara)

E-mel: Malaysia.Feedback@sc.com

Ada aduan?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau aduan mengenai bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami. Anda boleh menghubungi nombor Pusat Perhubungan, atau alamat e-mel yang dirujuk di atas mengenai hak perlindungan data paribadi anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh log masuk ke Aplikasi Mudah Alih SC atau perbankan dalam talian SC untuk menghantar mesej kepada kami.

Kuki

Sila merujuk kepada Dasar Kuki berasingan kami.

Terma dan syarat lain

Mungkin terdapat terma dan syarat khusus dalam perjanjian perbankan dan produk kami yang mengatur pengumpulan, kegunaan dan pendedahan data peribadi anda. Terma dan syarat lain sedemikian mesti dibaca bersama-sama dengan notis privasi ini.

Notis privasi ini telah dikemaskini pada 22 Ogos 2023. Dengan meneruskan penggunaan produk atau perkhidmatan kami, mengakses laman web kami, memberikan data peribadi anda kepada kami, dan/atau hubungan anda dengan kami, anda dengan ini bersetuju untuk data peribadi anda dikumpul, disimpan, digunakan, diproses dan didedahkan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis privasi ini, termasuk pemindahan data peribadi anda ke negara-negara lain selain dari negara/wilayah di mana anda asalnya memberikan data tersebut, mulai dari tarikh berkuat kuasanya.

Melindungi data peribadi anda

Data peribadi anda adalah penting kepada kami, dan kami ingin memastikan anda mengetahui cara kami menggunakan dan melindunginya. Data peribadi adalah maklumat yang mengenal pasti anda atau mengenai anda sebagai individu. Dalam notis privasi ini, kami akan terangkan bagaimana kami mengumpul, berkongsi dan memproses data peribadi anda. Kami juga akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda dan cara pelaksaannya. Dari masa ke masa, kami mungkin juga akan menyediakan kepada anda, di mana relevan, dengan maklumat privasi tambahan dalam notis berasingan untuk saluran, produk, perkhidmatan, perniagaan dan aktiviti tertentu. Dalam notis privasi ini, “kami” merujuk kepada cawangan Kumpulan Standard Chartered, subsidiari atau entiti undang-undang yang beroperasi di bawah jenama Standard Charted yang anda berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memproses data peribadi anda dan memutuskan bagaimana data ini akan dikumpulkan dan digunakan. Kumpulan Standard Chartered bermaksud kepada setiap, atau secara kolektif, Standard Chartered PLC, subsidiarinya dan syarikat bersekutu, termasuk setiap cawangan atau pejabat wakil. Sila rujuk kepada bahagian “Hubungi Kami” dalam notis privasi ini untuk butiran ahli Kumpulan Standard Chartered yang berkaitan, yang menyediakan notis privasi ini. Sesetengah laman web syarikat bersekutu kami mempunyai identiti jenama mereka sendiri dan notis privasi mereka sendiri yang berasingan untuk memberikan maklumat yang relevan tentang produk dan perkhidmatan tertentu yang mereka sediakan. Anda harus merujuk kepada notis privasi yang relevan seperti yang diarahkan oleh syarikat bersekutu tersebut berkenaan dengan bagaimana mereka menggunakan data peribadi anda. Notis privasi ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan-iklan dalam talian kami dipaparkan atau dipautkan kepada laman web pihak ketiga yang berkaitan yang kami tidak operasikan atau kawal. Laman web ini seharusnya mempunyai notis peribadi mereka sendiri, yang anda boleh baca untuk memahami bagaimana mereka mengumpul dan memproses data peribadi anda dan hak-hak anda. Kami akan mengemaskini notis privasi ini dari semasa ke semasa. Anda boleh mencari tarikh versi terkini yang tersenarai di hujung notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai data peribadi anda, sila jangan ragu untuk menghubungi kami (anda boleh mencari butiran kami di bawah ‘Hubungi Kami’ di bawah).

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut tentang anda. Dalam notis privasi ini, “anda” merujuk kepada anda sebagai individu, sebagaimana yang relevan jika anda adalah:

  • seorang pelawat ke laman web, laman media sosial, premis atau ATM kami
  • seorang penerima pemasaran, contohnya, di mana anda mengambil bahagian dengan memberi respons tinjauan, kuiz, jemputan ke acara atau webinar kami
  • seorang benefisiari penajaan atau derma
  • seorang pelanggan, di mana anda melanggan untuk menerima penerbitan, laporan dan penyelidikan kami
  • seorang yang menghubungi kami untuk maklumat
  • seorang yang melaporkan isu atau aduan, contohnya, melalui borang dalam talian atau e-mel
  • seorang benefisiari transaksi bayaran atau pengirim; atau
  • sebarang individu lain yang bukan pelanggan atau berkaitan dengan pelanggan, seorang pemohon kerja perekrutan, penjual/penyedia perkhidmatan atau pemegang saham.

Jika anda memberi kami data peribadi seseorang lain, anda mesti mempunyai kebenaran mereka dan menerangkan kepada mereka bagaimana kami akan menggunakannya.

Kami mungkin mengumpul jenis data peribadi berikut mengenai anda, sebagaimana yang relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Data identifikasi – maklumat yang mengenal pasti (secara unik atau semi-unik) anda. Sebagai contoh, nama anda, , gambar anda, audio, rakaman CCTV dan video anda, data akses bangunan ke premis kami, butiran profil media sosial serta pengecam lain, termasuk pengecam rasmi/ kerajaan seperti nombor pengenalan, nombor pasport dan nombor pengenalan cukai, jika anda membuat laporan, contohnya, melalui borang dalam talian atau melalui e-mel
  • Data hubungan – maklumat yang membolehkan mengalamatkan, menghantar atau berkomunikasi mesej kepada anda. Sebagai contoh, e-mel anda, nombor telefon anda, dan alamat kediaman atau perniagaan anda
  • Data profesional – maklumat mengenai latar belakang pendidikan atau profesional anda, contohnya, jika anda membuat laporan melalui borang dalam talian atau melalui e-mel
  • Data kewangan dan komersial – maklumat yang mengenal pasti sejarah kewangan anda. Sebagai contoh, nombor akaun bank apabila anda adalah penerima bayaran daripada pelanggan kami
  • Data geolokasi – maklumat yang menyediakan atau mengandungi lokasi peranti. Sebagai contoh, alamat protokol internet (IP) anda atau pengecam kuki anda
  • Data tingkah laku – maklumat analitik yang menggambarkan ciri-ciri tingkah laku anda berkaitan dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, aktiviti transaksi biasa, tingkah laku melayari di laman web kami dan bagaimana anda berinteraksi sebagai pengguna produk dan perkhidmatan kami, atau yang disediakan oleh organisasi pihak ketiga, seperti rakan kongsi pengiklanan kami dan penyedia platform media sosial
  • Data hubungan peribadi – maklumat mengenai persatuan atau hubungan rapat di antara individu atau entiti yang boleh menentukan identiti anda. Sebagai contoh, agensi, syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
  • Data komunikasi – maklumat yang berkaitan dengan anda yang terkandung dalam suara, mesej, e-mel, sembang langsung dan komunikasi lain yang kami ada dengan anda. Sebagai contoh, melalui borang dalam talian dan langganan dalam talian.

Kadang-kadang, kami mungkin perlu mengumpul data peribadi yang lebih sensitif mengenai anda, jika anda membuat laporan, contohnya, melalui borang dalam talian atau melalui e-mel, tetapi kami hanya melakukan ini jika perlu dan dengan persetujuan anda, atau di mana dibenarkan oleh undang-undang. Data peribadi sensitif ini (kadang-kadang dikenali sebagai data peribadi kategori khas) mungkin termasuk perkara seperti:

  • Data asal keturunan atau etnik – maklumat yang mendedahkan asal keturunan atau etnik anda
  • Data politik – maklumat yang mendedahkan pendapat politik anda
  • Data agama atau falsafah – maklumat yang mendedahkan kepercayaan agama atau falsafah
  • Data kesatuan sekerja – maklumat yang mendedahkan keahlian kesatuan sekerja, jika relevan dalam bidang kuasa tertentu
  • Data kesihatan – maklumat berhubung dengan status kesihatan anda
  • Data biometrik – maklumat yang mengenal pasti anda secara fizikal. Sebagai contoh, maklumat pengenalan muka, sidik jari anda atau maklumat pengenalan suara
  • Data orientasi seksual dan identiti jantina – maklumat mengenai kehidupan seksual atau orientasi seksual anda
  • Data sabitan jenayah, prosiding atau dakwaan – maklumat mengenai sabitan jenayah atau maklumat berkaitan yang kami kenal pasti berhubungan dengan tanggungjawab pencegahan jenayah kewangan kami, sebagai contoh, butiran mengenai sebarang sabitan jenayah atau maklumat berkaitan. Ini termasuk butiran kesalahan atau dakwaan kesalahan atau sabitan.

Kami biasanya mendapatkan data peribadi anda secara langsung daripada anda, tetapi kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda dari sumber lain jika perlu, termasuk daripada:

  • Orang yang anda kenali – seperti:
    • ibu bapa atau penjaga bagi orang belum dewasa. Jika anda seorang orang belum dewasa (biasanya ini bermaksud jika anda di bawah 18 tahun, tetapi ini mungkin lebih muda bergantung pada di mana anda tinggal). Kami akan mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda sebelum mengumpul, menggunakan atau berkongsi data peribadi anda
  • erniagaan dan organisasi lain – seperti:
    • agensi dan/atau syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • institusi kewangan lain dan penyedia perkhidmatan kewangan
    • rakan rujukan strategik, termasuk persekutuan perniagaan, rakan kongsi bersama jenama atau syarikat atau organisasi lain yang Kumpulan Standard Chartered bekerjasama dengan berdasarkan persetujuan kontraktual kami atau usaha sama lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang relevan
    • rakan kongsi perkhidmatan, seperti syarikat pengiklanan dan penyelidikan pasaran dan penyedia platform media sosial
  • Sumber yang boleh didapati secara umum – seperti daftar atau direktori dalam talian atau penerbitan dalam talian, catatan media sosial dan maklumat lain yang boleh didapati secara umum.
  • Kuki – apabila anda melawat, melayari atau menggunakan laman web kami, perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat tertentu dari peranti anda secara automatik. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, di mana relevan, untuk analisis dalaman dan penyelesaian masalah, mengenali anda dan mengingat keutamaan anda, meningkatkan kualiti dan memperibadikan kandungan kami dan menentukan status keselamatan akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan bagaimana anda boleh mengawalnya semasa melawat laman web kami, sila rujuk kepada Dasar Kuki kami.

Kami mengumpul data peribadi anda supaya kami boleh menguruskan hubungan kami dengan anda, menjawab permintaan anda, pengendalikan perniagaan kami dan menyediakan produk dan perkhidmatan kami

Apa yang kami gunakan data peribadi anda untuk sentiasa dirujuk kepada tujuan kami dalam pemprosesan dan ini adalah dinyatakan di bawah. Kami secara amnya memproses data peribadi anda dengan persetujuan anda di mana diperlukan oleh undang-undang atau di mana dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.

Kami mungkin tidak dapat menawar atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan atau tidak mahu kami memproses data peribadi yang kami berpendapat perlu dan/atau diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami.

Tujuan Pemprosesan
Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, sebagaimana yang perlu.

Mengendalikan perniagaan kami

Ini termasuk:

  • melibatkan dalam pengurusan operasi perniagaan, seperti melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, aktiviti pengurusan risiko, audit dan memastikan operasi dan keselamatan komunikasi dan sistem pemprosesan kami
  • membangunkan, menguji dan menganalisa sistem, produk dan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, menawarkan laman web yang berfungsi dengan baik atau aplikasi lain kepada pengguna
  • memantau dan merakam komunikasi kami dengan anda, contohnya, panggilan telefon, untuk tujuan latihan dan kualiti.
  • melaksanakan transaksi dan bertindak atas arahan atau permintaan, seperti memindahkan wang antara akaun dan membuat pembayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pelanggan.

Menambahbaikkan product dan perkhidmatan kepada pelanggan kami

Ini termasuk:

  • membangunkan, menguji dan menganalisa sistem, produk dan perkhidmatan kami
  • memantau dan merakam komunikasi kami dengan anda, sebagai contoh, panggilan telefon, untuk tujuan latihan dan kualiti
  • melakukan kajian pasaran
  • menjalankan analitik demografik dan mengumpul cerapan dengan menagregatkan data seperti data tingkah laku

Mempromosikan dan melindungi jenama kami

Ini termasuk:

  • penjenamaan dan pengurusan hal ehwal korporat, mencipta penerbitan, kempen pemasaran dan menghasilkan iklan
  • mengumpul pandangan dengan mengagregasikan data daripada penggunaan produk dan perkhidmatan kami dan aplikasi kami, contohnya, pendengaran sosial media untuk mengenal pasti, menilai dan menemui arah aliran utama dan pandangan pelanggan
  • pemantauan media sosial untuk mengenal pasti sebutan jenama kami untuk melindungi jenama dan reputasi kami
  • memudahkan penajaan, derma dan acara.

Hubungi anda

Ini termasuk:

  • menghantar kepada anda penerbitan yang diminta, surat berita, laporan dan kandungan yang relevan
  • menyediakan anda dengan maklumat dan rangkaian produk dan perkhidmatan kami seperti yang diminta
  • menjawab laporan salah laku dan aduan anda termasuk pemberi maklumat.

Memastikan anda dan kakitangan kami selamat

Ini termasuk:

  • melakukan semakan pengesahan identiti untuk akses bangunan
  • menggunakan rakaman pengawasan CCTV di cawangan kami, premis dan ATM untuk tujuan mencegah dan mengesan penipuan dan/atau jenayah lain, seperti pencurian
  • menyiasat dan melaporkan kejadian atau kecemasan di hartanah dan premis kami
  • untuk keselamatan sistem dan rangkaian kami agar data anda selamat dan sulit
  • untuk tujuan pematuhan kesihatan dan keselamatan yang lain.

Mengesan, menyiasat dan mencegah jenayah kewangan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah atau aturan untuk berkongsi data dan maklumat dengan Kumpulan Standard Chartered
  • penggunaan lain data dan maklumat selaras dengan program seluruh kumpulan untuk pematuhan terhadap sekatan atau pencegahan atau pengesanan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas atau aktiviti haram lain
  • memantau dan merakam komunikasi suara dan elektronik serta menyemak aplikasi dan transaksi berhubung dengan penipuan sebenar atau disyaki, jenayah kewangan atau aktiviti jenayah lain
  • merakam dan memantau komunikasi suara dan elektronik dengan kami, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, peraturan kami dan dasar dalaman.

Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang berkenaan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur siasatan, langkah-langkah or aturan untuk berkongsi data dan maklumat dalam Kumpulan Standard Chartered
  • mematuhi undang-undang tempatan dan asing yang berkenaan, peraturan, kaedah, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, permintaan, garis panduan, sekatan kerajaan, embargo, keperluan pelaporan, sekatan, tuntutan dari atau perjanjian dengan mana-mana pihak berkuasa (termasuk pihak berkuasa cukai tempatan atau asing), mahkamah atau tribunal, agensi penguatkuasa atau badan pertukaran di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • mengikut sebarang garis panduan atau cadangan sukarela yang mungkin dikemaskini dari masa ke masa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa undang-undang, peraturan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang, atau pihak berkuasa lain, atau badan pengawal selia atau badan industri atau persatuan penyedia perkhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.

Melaksanakan hak-hak undang-undang Kumpulan Standard Chartered dan menjalankan prosiding undang-undang

Ini termasuk:

  • menjejaki dan melaksanakan hak kami serta melindungi diri kami daripada ancaman terhadap hak dan kepentingan kami
  • menyimpan rekod yang mungkin diperlukan sebagai bukti untuk sebarang litigasi atau penyiasatan atau siasatan yang berpotensi
  • mendapatkan bayaran hutang dan tunggakan
  • menjalankan litigasi untuk menguatkuasakan hak kami atau hak mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • mendapatkan nasihat profesional
  • menyiasat atau membuat tututan insurans
  • menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding yang berkaitan dengan insurans
  • membelakan atau menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding semasa atau prospektif, mengenai undang-undang, kerajaan atau kuasi-kerajaan, badan pengawal selia, badan industri atau persatuan untuk menubuhkan, melaksanakan atau membelakan hak undang-undang.

Memudahkan penggabungan, permerolehan, dan pelupusan  Kumpulan Standard Chartered

Ini termasuk:

  • menilai perniagaan kami dan menyediakan kesinambungan perkhidmatan kepada anda selapas permindahan perniagaan kami sebagai hasil dari penggabungan, permerolehan, perjualan atau pelupusan
  • membolehkan pemegang serah hak sebenar atau berpotensi terhadap keseluruhan atau sebahagian dari perniagaan dan/atau aset kami atau peserta atau sub-peserta hak kami berkenaan dengan subjek data, untuk menilai transaksi yang dimaksudkan untuk menjadi subjek penyerahan hak, penyertaan atau sub-penyertaan

Kadang-kadang, dengan persetujuan anda dengan memberikan maklumat notis privasi tambahan seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kami mungkin akan menggunakan butiran hubungan anda untuk menghantar kepada anda komunikasi pemasaran yang relevan (seperti melalui pos, e-mel, telefon, SMS, mesej disulitkan, aplikasi mudah alih atau media sosial) untuk tujuan pemasaran langsung.

Kami mungkin menghantar jenis-jenis komunikasi berikut (melainkan anda telah memaklumkan kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi tersebut):

  • berita, tawaran dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami atau Kumpulan Standard Chartered lain
  • maklumat mengenai produk dan perkhidmatan daripada atau berkaitan dengan pihak ketiga, seperti institusi kewangan, syarikat insurans, syarikat kad kredit, sekuriti dan pelaburan, penyedia perkhidmatan dompet mudah alih dan pembayaran digital
  • butiran mengenai program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan kami atau pihak ketiga yang relevan dan perkhidmatan dan produk yang berkenaan
  • maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan kongsi jenama bersama kami (name rakan kongsi jenama bersama tersebut boleh ditemui dalam borang permohonan untuk produk dan perkhidmatan yang berkenaan, mengikut kes)
  • kajian pasaran
  • maklumat mengenai pertandingan dan cabutan bertuah kami atau pihak ketiga yang relevan
  • rayuan oleh kami atau pihak ketiga yang relevan untuk sumbangan amal dan/atau bukan untuk tujuan keuntungan, penajaan dan sumbangan; dan
  • maklumat dan komunikasi berkaitan dengan seminar, webinar dan acara atau peluang lain yang relevan, daripada kami atau pihak ketiga yang relevan

Kami mungkin menjalankan kajian pasaran menggunakan analitik demografi dan pandangan dengan mengagregasikan data peribadi yang kami memperoleh mengenai anda untuk menyediakan ada dengan komunikasi pemasaran, yang lebih relevan dan disesuaikan untuk anda.

Kami mungkin berkongsi maklumat yang terhad mengenai anda dengan penyedia platform media sosial yang kami guna khidmatkan untuk tujuan pengiklanan media sosial dalam talian di mana anda telah membenarkan kami dan penyedia platform media sosial unduk menggunakan kuki yang menyokong pemasaran kami di platform ini. Sebagai contoh, untuk menyemak sama ada anda mempunyai akaun dengan penyedia platform media sosial untuk meminta mereka memaparkan mesej komunikasi pemasaran yang lebih relevan kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan kuki berhubung dengan pemasaran, sila rujuk Dasar Kuki kami.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda atau memilik untuk tidak menerima komunikasi pemasaran tersebut mengikuti hak anda dengan menghubungi kami dengan menggunakan butiran dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Kumpulan Standard Chartered. Kumpulan Standard Chartered mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan seperti yang digariskan dalam notis privasi ini, termasuk dengan penyedia perkhidmatan kami, rakan niaga kami, pihak ketiga yang lain serta yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa. Siapa pihak-pihak tersebut bergantung kepada interaksi anda dengan kami sebagai individu.

Kami membataskan bagaimana, serta dengan siapa, kami berkongsi data peribadi anda, dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan data peribadi anda dijaga dengan sulit dan dilindungi apabila kami berkongsi. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan berikut, di mana relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • Pihak ketiga yang diberi kuasa
    • mana-mana orang lain yang anda telah memberi kuasa kepada kami dengan persetujuan anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan.
  • Pihak ketiga yang boleh mengesahkan maklumat anda
    • agensi dan organisasi pencegahan penipuan.
    • pihak ketiga bukan kerajaan lain yang menjalankan semakan pangkalan data pencegahan jenayah kewangan untuk mencegah pengubahan wang haram, keganasan, penipuan serta jenayah kewangan lain.
  • Rakan perkhidmatan kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga
    • penasihat profesional seperti juruaudit, peguam
    • syarikat insurans atau broker insurans
    • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti penyedia perkhidmatan operasi, pentadbiran, pemprosesan data dan teknologi lain, termasuk sesiapa yang dilantik atau berkerjasama dengan untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan atau pembaikan dalam Kumpulan Standard Chartered atau penyediaan produk dan perkhidmatan
    • penyedia perkhidmatan profesional, seperti penyelidik pasaran, penyiasat forensik dan perunding pengurusan
    • syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial.
  • Rakan kongsi rujukan strategik
    • rakan persekutuan perniagaan, rakan kongsi jenama bersama atau syarikat atau organisasi lain yang Kumpulan Standard Chartered berkerjasama berdasarkan perjanjian kontraktual atau usaha sama lain
    • syarikat media sosial dan pengiklanan
    • organisasi derma dan bukan untuk keuntungan.
  • Organisasi perkhidmatan kewangan lain
    • institusi kewangan lain, seperti bank peniaga, bank koresponden atau bank nasional
    • Penyedia perkhidmatan pembayaran, termasuk penyedia dompet mudah alih dan perkhidmatan pembayaran digital, peniaga, syarikat pemerolehan peniaga, syarikat kad kredit, pemproses pembayaran dan ahli persatuan kad, penyedia perkhidmatan permulaan pembayaran dan perkhidmatan instrumen pembayaran berasaskan kad seperti VISA dan Mastercard
    • mana-mana institusi kewangan dan syarikat permerolehan peniaga yang anda mempunyai atau cadang untuk mempunyai hubungan dengannya.
  • Pihak berkuasa kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang
    • seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, yang termasuk mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, penguasa, badan pentadbiran, regulatori atau badan penyeliaan, mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan penukaran atau pihak berkuasa cukai domestik atau asing, yang mempunyai bidang kuasa ke atas mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda dan sama ada ahli Kumpulan Standard Chartered tersebut mempunyai hubungan dengan anda
    • badan pengawal selia sendiri atau persatuan penyedia pekhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang berkenaan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • Pihak ketiga lain
    • mana-mana orang lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada kami, termasuk mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered, yang telah mengusahakan untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Data peribadi anda mungkin diproses, disimpan, dikongsi, dipindah atau didedahkan oleh kami di dalam Kumpulan Standard Chartered atau dengan pihak ketiga lain untuk tujuan-tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini. Kami melakukan ini untuk beroperasi secara berkesan, cekap dan selamat dalam memudahkan transaksi serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami, untuk menambahbaik serta menyokong proses kami dan operasi perniagaan serta untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami. Ini mungkin melibatkan pemprosesan, penyimpanan, perkongsian, pemindahan dan pendedahan data peribadi anda merentas sempadan ke bidang kuat kuasa lain.

Apabila penerima data peribadi anda berada dalam bidang kuasa yang di luar Malaysia, dan mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data tempatan yang serupa dengan Malaysia, kami akan mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi anda mempunyai tahap perlindungan dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan mencukupi untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Kami mengambil keseriusan terhadap privasi dan keselamatan data peribadi anda. Untuk melindungi data anda, kami telah menetapkan pelbagai langkah teknikal, fizikal dan organisasi untuk melindungi dan merahsiakan data peribadi anda, sebagai contoh, dengan menggunakan kontrak dengan syarat kerahsiaan, perlindungan data dan keselamatan yang sesuai dalam perjanjian kami dengan pihak ketiga. Kumpulan Standard Chartered telah melaksanakan dasar keselamatan privasi data, termasuk prosedur pengurusan dan pelaporan insiden, peraturan dan langkah teknikal untuk melindungi data peribadi serta mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan. Kami melatih dan memerlukan pekerja kami yang mengakses data peribadi anda untuk mematuhi standard privasi dan keselamatan data kami. Kami memerlukan penyedia perkhidmatan kami, atau pihak ketiga lain yang kami mengguna khidmat serta yang kami mendedahkan data peribadi anda untuk melaksanakan standard serta langkah kerahsiaan, privasi data dan keselamatan yang serupa semasa mereka mengendalikan, mengakses atau memproses data peribadi anda.

Untuk tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini, kami menyimpan data anda atas sebab operasi peniagaan atau undang-undang semasa anda berurusan dengan kami dan mungkin menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh masa selepasnya, bergantung pada jenis data peribadi tersebut, mengikut standard dasar penyimpanan data kami dan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami akan memadam, menganonimkan, memusnahkan dan/atau berhenti menggunakan data peribadi anda apabila kami tidak memerlukannya lagi.

Kami menghormati data peribadi anda, dan anda mempunyai hak-hak berikut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda:

  • Hak anda untuk mengakses data anda – anda mempunyai hak untuk menyemak sama ada kami memegang data peribadi mengenai anda, dan anda boleh meminta salinan data tersebut dan maklumat tentang bagaimana kami telah menggunakannya.
  • Hak anda untuk membetulkan data anda – jika butiran peribadi anda telah berubah, atau anda percaya kami mempunyai maklumat yang salah atau luput tentang anda, anda boleh meminta kami mengemaskini maklumat tersebut.
  • Hak anda untuk memadamkan data anda – anda boleh meminta kami memadam data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk menyekat atau membantah pemprosesan – anda boleh meminta kami berhenti menggunakan data anda atau mengubah cara-cara kami menggunakannya. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk berurusan dengan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk membantah pembuatan keputusan automatik – anda boleh meminta kami mengkaji semula keputusan yang dibuat semata-mata melalui pemprosesan automatik jika keputusan tersebut memberi kesan negatif kepada anda.
  • Hak anda untuk kemudahan peralihan data – anda boleh meminta kami menyediakan data peribadi anda kepada organisasi lain dalam format yang muda dibaca oleh mesin
  • Hak anda untuk tidak memberi atau mengubah atau menarik balik persetujuan – dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan persetujuan tersebut atau memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda telah berubah fikiran tentang persetujuan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda tanpa data peribadi tertentu.
  • Hak anda untuk menarik diri daripada pemasaran langsung – anda boleh menarik balik persetujuan anda dan memberitahu kami pada bila-bila masa untuk berhenti menghantar e-mel pemasaran atau jemputan ke kaji selidik pada bila-bila masa.

Kami akan bertindak balas kepada permintaan untuk melaksanakan hak data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Kami mungkin meminta anda untuk mengesan identiti anda sebelum memproses permintaan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang hak-hak anda, sila hubungi kami melalui butiran di bawah.

Syarikat-syarikat berikut dari Kumpulan Standard Chartered bertindak sebagai pengguna data (kadang-kadang dikenali sebagai pengawal dalam bidang kuasa lain) yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda di Malaysia:

  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad
  • SCBMB Trustee Berhad

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang notis privasi ini atau ingin melaksanakan sebarang hak-hak perlindungan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di:

Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
Tingkat 25,
Equatorial Plaza,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Nombor Pusat Perhubungan:

1300 888 888 (Panggilan dari dalam Malaysia) /
03-7711 8888 (Panggilan dari luar negara)

E-mel: Malaysia.Feedback@sc.com

Ada aduan?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau aduan mengenai bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami. Anda boleh menghubungi orang-orang yang dirujuk di atas untuk ini atau mengenai hak perlindungan data peribadi anda.

Kuki

Sila merujuk kepada Dasar Kuki berasingan kami.

Notis privasi ini telah dikemaskini pada 22 Ogos 2023. Dengan meneruskan penggunaan produk atau perkhidmatan kami, mengakses laman web kami, memberikan data peribadi anda kepada kami, dan/atau hubungan anda dengan kami, dengan ini bersetuju untuk data peribadi anda dikumpul, disimpan, digunakan, diproses dan didedahkan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis privasi ini, termasuk pemindahan data peribadi anda ke negara-negara lain selain dari negara/wilayah di mana anda asalnya memberikan data tersebut, mulai dari tarikh berkuat kuasanya.

Melindungi data peribadi anda

Data peribadi anda adalah penting kepada kami, dan kami ingin memastikan anda mengetahui cara kami menggunakan dan melindunginya. Data peribadi adalah maklumat yang mengenal pasti anda atau mengenai anda sebagai individu. Dalam notis privasi ini, kami akan terangkan bagaimana kami mengumpul, berkongsi dan memproses data peribadi anda. Kami juga akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda dan cara pelaksaannya. Dari masa ke masa, kami mungkin juga akan menyediakan kepada anda, di mana relevan, dengan maklumat privasi tambahan dalam notis berasingan untuk saluran, produk, perkhidmatan, perniagaan dan aktiviti tertentu. Dalam notis privasi ini, “kami” merujuk kepada cawangan Kumpulan Standard Chartered, subsidiari atau entiti undang-undang yang beroperasi di bawah jenama Standard Charted yang anda berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memproses data peribadi anda dan memutuskan bagaimana data ini akan dikumpulkan dan digunakan. Kumpulan Standard Chartered bermaksud kepada setiap, atau secara kolektif, Standard Chartered PLC, subsidiarinya dan syarikat bersekutu, termasuk setiap cawangan atau pejabat wakil. Sila rujuk kepada bahagian “Hubungi Kami” dalam notis privasi ini untuk butiran ahli Kumpulan Standard Chartered yang berkaitan, yang menyediakan notis privasi ini. Sesetengah laman web syarikat bersekutu kami mempunyai identiti jenama mereka sendiri dan notis privasi mereka sendiri yang berasingan untuk memberikan maklumat yang relevan tentang produk dan perkhidmatan tertentu yang mereka sediakan. Anda harus merujuk kepada notis privasi yang relevan seperti yang diarahkan oleh syarikat bersekutu tersebut berkenaan dengan bagaimana mereka menggunakan data peribadi anda. Notis privasi ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan-iklan dalam talian kami dipaparkan atau dipautkan kepada laman web pihak ketiga yang berkaitan yang kami tidak operasikan atau kawal. Laman web ini seharusnya mempunyai notis peribadi mereka sendiri, yang anda boleh baca untuk memahami bagaimana mereka mengumpul dan memproses data peribadi anda dan hak-hak anda. Kami akan mengemaskini notis privasi ini dari semasa ke semasa. Anda boleh mencari tarikh versi terkini yang tersenarai di hujung notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai data peribadi anda, sila jangan ragu untuk menghubungi kami (anda boleh mencari butiran kami di bawah ‘Hubungi Kami’ di bawah).

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut tentang anda, yang relevan, apabila anda memohon pekerjaan dengan kami atau berurusan dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami. Jika anda memberi kami data peribadi seseorang lain, anda mesti mempunyai kebenaran mereka dan menerangkan kepada mereka bagaimana kami akan menggunakannya:

  • Data identifikasi – maklumat yang mengenal pasti (secara unik atau semi-unik) anda. Sebagai contoh, nama anda, jantina anda, tarikh lahir anda, kewarganegaraan anda, gambar anda, nama ibu bapa anda, tempat kelahiran, rakaman CCTV audio dan video anda, video, imej fotografi atau rakaman audio yang diserahkan sebagai sebahagian daripada proses perekrutan, serta pengecam lain, termasuk pengecam rasmi/ kerajaan seperti nombor pengenalan, nombor pasport dan nombor pengenalan cukai
  • Data hubungan – maklumat yang membolehkan mengalamatkan, menghantar atau berkomunikasi mesej kepada anda. Sebagai contoh, e-mel anda, nombor telefon anda, dan alamat kediaman
  • Data profesional – maklumat mengenai latar belakang pendidikan atau profesional anda. Sebagai contoh, latar belakang akademik (seperti diploma/ sijil universiti atau sekolah anda dan pencapaian pendidikan lain), butiran perkerjaan semasa dan sebelumnya (termasuk skim gaji/ bonus dan faedah pekerja), curriculum vitae/ resume, kelayakan profesional, rujukan dan visa kerja
  • Data kewangan dan komersial –maklumat yang mengenal pasti kedudukan kewangan dan latar belakang, status dan sejarah anda, yang diperlukan. Sebagai contoh, laporan kredit, slip gaji dan maklumat kewangan lain
  • Data geolokasi – maklumat yang menyediakan atau mengandungi lokasi peranti. Sebagai contoh, alamat protokol internet (IP) anda atau pengecam kuki anda
  • Data tingkah laku – maklumat analitik yang menggambarkan ciri-ciri tingkah laku anda. Sebagai contoh, keputusan sebarang ujian pra-perkerjaan seperti ujian psikometrik
  • Data hubungan peribadi – maklumat mengenai persatuan atau hubungan rapat di antara individu atau entiti yang boleh menentukan identiti anda. Sebagai contoh, orang yang terdedah secara politik, pegawai awam, pelanggan, hubungan peribadi atau kewangan yang rapat
  • Data komunikasi – maklumat yang berkaitan dengan anda yang terkandung dalam suara, mesej, e-mel dan komunikasi lain yang kami ada dengan anda, contohnya, melalui borang dalam talian.

Kadang-kadang, kami mungkin perlu mengumpul data peribadi yang lebih sensitif mengenai anda, tetapi kami hanya melakukan ini jika perlu dan dengan persetujuan anda, atau di mana dibenarkan oleh undang-undang. Data peribadi sensitif ini (kadang-kadang dikenali sebagai data peribadi kategori khas) mungkin termasuk perkara seperti:

  • Data asal keturunan atau etnik – maklumat yang mendedahkan asal keturunan atau etnik anda
  • Data politik – maklumat yang mendedahkan pendapat politik anda
  • Data agama atau falsafah – maklumat yang mendedahkan kepercayaan agama atau falsafah
  • Data kesihatan – maklumat mengenai status kesihatan anda. Sebagai contoh, maklumat ketidakupayaan yang relevan kepada kebolehcapaian
  • Data biometrik – maklumat yang mengenal pasti anda secara fizikal. Sebagai contoh, maklumat pengenalan muka, sidik jari anda atau maklumat pengenalan suara
  • Keahlian kesatuan sekerja – jika relevan dalam bidang kuasa tertentu
  • Data sabitan jenayah, prosiding atau dakwaan – maklumat mengenai sabitan jenayah atau maklumat berkaitan yang kami kenal pasti berhubungan dengan tanggungjawab pencegahan jenayah kewangan kami, sebagai contoh, butiran mengenai sebarang sabitan jenayah atau maklumat berkaitan. Ini termasuk butiran kesalahan atau dakwaan kesalahan atau sabitan.

Kami komited dalam menyediakan peluang yang sama dan rawatan yang adil dalam pekerjaan dan perekrutan. Sebagai sebahagian daripadanya, kami meminta soalan demografi opsional sebagai sebahagian daripada proses permohonan kami. Soalan-soalan ini diajukan dengan tujuan untuk memajukan objektif tersebut, menangani ketidakwakilan dan mencipta persekitaran kerja yang pelbagai dan inklusif. Jawapan kepada soalan-soalan ini tidak akan dikongsi dengan pengurus pengambilan atau pembuat keputusan yang berkaitan sebagai sebahagian daripada proses perekrutan. Anda mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan-soalan ini.

Kami biasanya mendapatakan data peribadi anda secara langsung daripada anda, tetapi kami juga mungkin memperoleh data peribadi and dari sumber lain jika perlu, termasuk daripada:

  • Orang yang anda kenali – seperti:
    • rakan atau saudara mara yang telah merujuk anda kepada kami
    • majikan terdahulu anda
    • agensi perekrutan
    • orang lain yang anda lantik untuk bertindak sebagai referi
    • orang lain yang anda lantik untuk bertindak bagi pihak anda
  • Perniagaan dan organisasi lain – seperti:
    • majikan anda dan/atau syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • agensi rujukan kredit dan pencegahan penipuan
    • biro rekod jenayah
    • laman web kerjaya Standard Chartered
    • tapak rangkaian sosial, contohnya LinkedIn, Facebook dan Google+
  • Sumber yang boleh didapati secara umum – seperti direktori dalam talian, platform kerjaya, penerbitan catatan media sosial dan maklumat lain yang boleh didapati secara umum.
  • Kuki – apabila anda melawat, melayari atau menggunakan laman web kami, perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat tertentu dari peranti anda secara automatik. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, di mana relevan, untuk analisis dalaman dan penyelesaian masalah, mengenali anda dan mengingat keutamaan anda, meningkatkan kualiti dan memperibadikan kandungan kami dan menentukan status keselamatan akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan bagaimana anda boleh mengawalnya semasa melawat laman web kami, sila rujuk kepada Dasar Kuki kami.

Aktiviti perekrutan kami umumnya tidak ditujukan kepada golongan orang belum dewasa (biasanya ini bermaksud jika anda berumur di bawah 18 tahun, tetapi mungkin lebih muda bergantung pada di mana anda tinggal). Jika anda adalah orang belum dewasa dalam bidang kuasa yang berkaitan, anda mesti mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum menghubungi kami berkenaan dengan perekrutan.

Kami mengumpul data peribadi anda supaya kami boleh menguruskan proses perekrutan kami dan menjalankan perniagaan kami.

Apa yang kami gunakan data peribadi anda untuk sentiasa dirujuk kepada tujuan kami dalam pemprosesan dan ini adalah dinyatakan di bawah. Kami secara amnya memproses data peribadi anda dengan persetujuan anda di mana diperlukan oleh undang-undang atau di mana dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.

Sementara pemberian data peribadi anda adalah sukarela, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan perkerjaan anda jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan atau tidak mahu kami memproses data peribadi yang kami berpendapat perlu.

Tujuan Pemprosesan
Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, sebagaimana yang diperlukan:

Menilai dan memproses permohonan kerja anda

Ini termasuk:

  • menyemak permohonan anda (yang mungkin termasuk video temu duga)
  • menilai kemahiran, kelayakan dan kesesuaian anda untuk peranan kerja atau perlibatan yang anda mohon (termasuk hasil dari ujian psikometrik)
  • memproses permohonan anda
  • melakukan carian, semakan latar belakang sebelum pekerjaan untuk mengesahkan identiti anda
  • memperoleh rujukan
  • berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan permohonan anda. Kami juga mungkin memaklumkan anda tentang peluang kerjaya lain atau kekosongan kerja yang kami berpendapat mungkin sesuai untuk anda.

Menambahbaik prosedur penyaringan pemohon kami

Ini termasuk:

  • menjalankan pengurusan operasi perniagaan, seperti menjalankan tugasan pentadbiran, aktiviti pengurusan risiko, audit dan memastikan operasi dan keselamatan sistem komunikasi dan pemprosesan kami
  • mengaudit operasi perniagaan
  • mengumpul pandangan dengan mengagregatkan data dari proses perekrutan kami untuk menambahbaik proses perekrutan, termasuk proses penyaringan pemohon kerja.

Memastikan anda dan kakitangan kami selamat

Ini termasuk:

  • melakukan semakan pengesahan identiti untuk akses bangunan
  • menggunakan rakaman pengawasan CCTV di cawangan kami, premis dan ATM untuk tujuan mencegah dan mengesan penipuan dan/atau jenayah lain, seperti pencurian
  • menyiasat dan melaporkan kejadian atau kecemasan di hartanah dan premis kami
  • untuk keselamatan sistem dan rangkaian kami agar data anda selamat dan sulit
  • untuk tujuan pematuhan kesihatan dan keselamatan yang lain.

Mengesan, menyiasat dan mencegah jenayah kewangan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah atau aturan untuk berkongsi data dan maklumat dengan Kumpulan Standard Chartered
  • menjalankan penyaringan pengesahan identiti pra-pekerjaan atau penglibatan, termasuk carian dengan agensi rujukan kredit, semakan penyaringan sekatan dan semakan rekod jenayah sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan
  • merakam dan memantau komunikasi suara dan elektronik dengan kami, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, peraturan kami dan dasar dalaman.

Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang berkenaan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah or aturan untuk berkongsi data dan maklumat dalam Kumpulan Standard Chartered
  • mematuhi undang-undang tempatan dan asing yang berkenaan, peraturan, kaedah, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, permintaan, garis panduan, sekatan kerajaan, embargo, keperluan pelaporan, sekatan, tuntutan dari atau perjanjian dengan mana-mana pihak berkuasa (termasuk pihak berkuasa cukai tempatan atau asing), mahkamah atau tribunal, agensi penguatkuasa atau badan pertukaran di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • mengikut sebarang garis panduan atau cadangan sukarela yang mungkin dikemaskini dari masa ke masa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa undang-undang, peraturan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang, atau pihak berkuasa lain, atau badan pengawal selia atau badan industri atau persatuan penyedia perkhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.

Melaksanakan hak-hak undang-undang Kumpulan Standard Chartered dan menjalankan prosiding undang-undang

Ini termasuk:

  • menjejaki dan melaksanakan hak kami serta melindungi diri kami daripada ancaman terhadap hak dan kepentingan kami
  • menyimpan rekod yang mungkin diperlukan sebagai bukti untuk sebarang litigasi atau penyiasatan yang berpotensi
  • menjalankan litigasi untuk menguatkuasakan hak kami atau hak mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • mendapatkan nasihat profesional
  • menyiasat atau membuat tututan insurans
  • menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding yang berkaitan dengan insurans
  • membelakan atau menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding semasa atau prospektif, mengenai undang-undang, badan pengawal selia, badan industri atau persatuan.

Kadang-kadang, dengan persetujuan anda dengan memberikan maklumat notis privasi tambahan seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kami mungkin akan menggunakan butiran hubungan anda untuk menghantar kepada anda komunikasi pemasaran yang relevan (seperti melalui pos, e-mel, telefon, SMS, mesej disulitkan, aplikasi mudah alih atau media sosial) untuk tujuan pemasaran langsung. Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda untuk pemasaran langsung atau pemindahan data peribadi anda kepada mana-mana orang yang dirujuk di bawah untuk pemasaran, pada bila-bila masa dengan menghubungi kami secara bertulis menggunakan butiran yang diberikan dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kami mungkin menghantar jenis-jenis komunikasi berikut (melainkan anda telah memaklumkan kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi tersebut):

  • peluang pekerjaan
  • seminar dan webinar
  • acara atau peluang lain.

Kami mungkin berkongsi maklumat yang terhad mengenai anda dengan penyedia platform media sosial yang kami guna khidmatkan untuk tujuan pengiklanan media sosial dalam talian di mana anda telah membenarkan kami dan penyedia platform media sosial unduk menggunakan kuki yang menyokong pemasaran kami di platform ini. Sebagai contoh, untuk menyemak sama ada anda mempunyai akaun dengan penyedia platform media sosial untuk meminta mereka memaparkan mesej komunikasi pemasaran yang lebih relevan kepada anda mengenai peluang pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan kuki berhubung dengan pemasaran, sila rujuk Dasar Kuki kami.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda atau memilik untuk tidak menerima komunikasi pemasaran tersebut mengikuti hak anda dengan menghubungi kami dengan menggunakan butiran dalam bahagian “Hubungi Kami” di bawah.

Kami mungkin menggunakan data peribadi yang kami kumpul untuk menjalan analisis data, termasuk profil dan analisis tingkah laku, untuk membuat keputusan automatik yang lebih cepat dalam operasi perniagaan kami dan untuk menilai ciri-ciri peribadi anda untuk meramalkan hasil dan risiko. Kami memerlukan peraturan yang diikuti oleh sistem automatik ini direka untuk membuat keputusan yang adil dan objektif. Kami mungkin menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk membantu peningkatan komunikasi dan pengalaman calon, menjadikan proses perekrutan kami lebih selamat dan lebih cekap dan membolehkan kami untuk memberikan respons yang lebih cepat dan meningkatkan masa pusing ganti. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan pembuatan keputusan automatik untuk ujian psikometrik dalam proses perekrutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai hak ada berkenaan dengan keputusan automatik yang mempengaruhi anda, sila rujuk ke bahagian ‘Apakah hak perlindungan data peribadi anda?’

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Kumpulan Standard Chartered. Kumpulan Standard Chartered mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan seperti yang digariskan dalam notis privasi ini, termasuk dengan penyedia perkhidmatan kami, rakan niaga kami, pihak ketiga yang lain serta yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa. Siapa pihak-pihak tersebut bergantung kepada interaksi anda dengan kami sebagai individu.

Kami membataskan bagaimana, serta dengan siapa, kami berkongsi data peribadi anda, dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan data peribadi anda dijaga dengan sulit dan dilindungi apabila kami berkongsi. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan berikut, di mana relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • Pihak ketiga yang diberi kuasa
    • mana-mana orang lain yang anda telah memberi kuasa kepada kami dengan persetujuan anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan.
  • Pihak ketiga yang boleh mengesahkan maklumat anda
    • majikan terdahulu
    • biro kredit atau agensi rujukan kredit (termasuk pengendali mana-mana pangkalan data berpusat yang digunakan oleh agensi rujukan kredit), penyedia perlindungan kredit, agensi penilaian, agensi kutipan hutang agensi pencegahan penipuan dan organisasi.
  • Rakan perkhidmatan kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga
    • agensi perekrutan
    • penasihat profesional seperti juruaudit, dan peguam
    • syarikat insurans atau broker insurans
    • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti penyedia perkhidmatan operasi, pentadbiran, pemprosesan data dan teknologi lain, termasuk sesiapa yang dilantik atau berkerjasama dengan untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan atau pembaikan dalam Kumpulan Standard Chartered atau penyediaan produk dan perkhidmatan
    • penyedia perkhidmatan profesional, seperti penyedia penyaringan dan pengesahan, penyedia ujian kesihatan pra-perkerjaan, penyelidik pasaran dan perundingan pengurusan
    • syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial
  • Pihak berkuasa kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang
    • seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, yang termasuk mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, penguasa, badan pentadbiran, badan regulatori atau penyeliaan, mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan penukaran atau pihak berkuasa cukai domestik atau asing, yang mempunyai bidang kuasa ke atas mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda dan sama ada ahli Kumpulan Standard Chartered tersebut mempunyai hubungan dengan anda
    • badan pengawal selia sendiri atau persatuan penyedia pekhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang berkenaan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • Pihak ketiga lain
    • pihak ketiga dalam kes penggabungan, pengambilalihan atau pelupusan: jika kami memindahkan (atau merancang untuk memindahkan) mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami. Jika transaksi ini berlangsung, pihak berminat mungkin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda dengan cara yang sama seperti yang dinyatakan dalam notis privasi ini, and kemudiannya memberitahu anda tentang sebarang perubahan yang mungkin mereka lakukan sehubungan dengan bagaimana mereka memproses data peribadi anda
    • mana-mana orang lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada kami, termasuk mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered, yang telah mengusahakan untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Data peribadi anda mungkin diproses, disimpan, dikongsi, dipindah atau didedahkan oleh kami di dalam Kumpulan Standard Chartered atau dengan pihak ketiga lain untuk tujuan-tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini. Kami melakukan ini untuk menambahbaik serta menyokong proses kami dan operasi perniagaan serta untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami. Ini mungkin melibatkan pemprosesan, penyimpanan, perkongsian, pemindahan dan pendedahan data peribadi anda merentas sempadan ke bidang kuat kuasa lain.

Apabila penerima data peribadi anda berada dalam bidang kuasa yang di luar Malaysia, dan mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data tempatan yang serupa dengan Malaysia, kami akan mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi anda mempunyai tahap perlindungan dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan mencukupi untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Kami mengambil keseriusan terhadap privasi dan keselamatan data peribadi anda. Untuk melindungi data anda, kami telah menetapkan pelbagai langkah teknikal, fizikal dan organisasi untuk melindungi dan merahsiakan data peribadi anda sebagai contoh, dengan menggunakan kontrak dengan syarat kerahsiaan, perlindungan data dan keselamatan yang sesuai dalam perjanjian kami dengan pihak ketiga. Kumpulan Standard Chartered telah melaksanakan dasar keselamatan privasi data, termasuk prosedur pengurusan dan pelaporan insiden, peraturan dan langkah teknikal untuk melindungi data peribadi serta mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan. Kami melatih dan memerlukan pekerja kami yang mengakses data peribadi anda untuk mematuhi standard privasi dan keselamatan data kami. Kami memerlukan penyedia perkhidmatan kami, atau pihak ketiga lain yang kami mengguna khidmat serta yang kami mendedahkan data peribadi anda untuk melaksanakan standard serta langkah kerahsiaan, privasi data dan keselamatan yang serupa semasa mereka mengendalikan, mengakses atau memproses data peribadi anda.

Untuk tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini, kami menyimpan data anda atas sebab operasi peniagaan atau undang-undang semasa anda berurusan dengan kami dan mungkin menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh masa selepasnya, bergantung pada jenis data peribadi tersebut, mengikut standard dasar penyimpanan data kami dan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami akan memadam, menganonimkan, memusnahkan dan/atau berhenti menggunakan data peribadi anda apabila kami tidak memerlukannya lagi.

Kami menghormati data peribadi anda, dan anda mempunyai hak-hak berikut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda:

  • Hak anda untuk mengakses data anda – anda mempunyai hak untuk menyemak sama ada kami memegang data peribadi mengenai anda, dan anda boleh meminta salinan data tersebut dan maklumat tentang bagaimana kami telah menggunakannya.
  • Hak anda untuk membetulkan data anda – jika butiran peribadi anda telah berubah, atau anda percaya kami mempunyai maklumat yang salah atau luput tentang anda, anda boleh meminta kami mengemaskini maklumat tersebut.
  • Hak anda untuk memadamkan data anda – anda boleh meminta kami memadam data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk menyekat atau membantah pemprosesan – anda boleh meminta kami berhenti menggunakan data anda atau mengubah cara-cara kami menggunakannya. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk berurusan dengan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk membantah pembuatan keputusan automatik – anda boleh meminta kami mengkaji semula keputusan yang dibuat semata-mata melalui pemprosesan automatik jika keputusan tersebut memberi kesan negatif kepada anda.
  • Hak anda untuk kemudahan peralihan data – anda boleh meminta kami menyediakan data peribadi anda kepada organisasi lain dalam format yang muda dibaca oleh mesin
  • Hak anda untuk tidak memberi atau mengubah atau menarik balik persetujuan – dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan persetujuan tersebut atau memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda telah berubah fikiran tentang persetujuan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda tanpa data peribadi tertentu.
  • Hak anda untuk menarik diri daripada pemasaran langsung – anda boleh menarik balik persetujuan anda dan memberitahu kami pada bila-bila masa untuk berhenti menghantar e-mel pemasaran atau jemputan ke kaji selidik pada bila-bila masa.

Kami akan bertindak balas kepada permintaan untuk melaksanakan hak data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Kami mungkin meminta anda untuk mengesan identiti anda sebelum memproses permintaan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang hak-hak anda, sila hubungi kami melalui butiran di bawah.

Syarikat-syarikat berikut dari Kumpulan Standard Chartered bertindak sebagai pengguna data (kadang-kadang dikenali sebagai pengawal dalam bidang kuasa lain) yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda di Malaysia:

  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad
  • SCBMB Trustee Berhad

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang notis privasi ini atau ingin melaksanakan sebarang hak-hak perlindungan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di:

Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
Tingkat 25,
Equatorial Plaza,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Anda boleh menghubungi pasukan pengambilan pekerja kami di askhr@sc.com.

Ada aduan?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau aduan mengenai bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, sila e-mel kami di askhr@sc.com. mengenai hak perlindungan data paribadi anda.

Kuki

Sila merujuk kepada Dasar Kuki berasingan kami.

Terma dan syarat lain

Mungkin terdapat terma dan syarat khusus dalam proses perekrutan kami yang mengatur pengumpulan, kegunaan dan pendedahan data peribadi anda. Terma dan syarat lain sedemikian mesti dibaca bersama-sama dengan notis privasi ini.

Notis privasi ini telah dikemaskini pada 22 Ogos 2023. Dengan meneruskan penggunaan produk atau perkhidmatan kami, memberikan data peribadi anda kepada kami, dan/atau hubungan anda dengan kami, dengan ini bersetuju untuk data peribadi anda dikumpul, disimpan, digunakan, diproses dan didedahkan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis privasi ini, termasuk pemindahan data peribadi anda ke negara-negara lain selain dari negara/wilayah di mana anda asalnya memberikan data tersebut, mulai dari tarikh berkuat kuasanya.

Melindungi data peribadi anda

Data peribadi anda adalah penting kepada kami, dan kami ingin memastikan anda mengetahui cara kami menggunakan dan melindunginya. Data peribadi adalah maklumat yang mengenal pasti anda atau mengenai anda sebagai individu. Dalam notis privasi ini, kami akan terangkan bagaimana kami mengumpul, berkongsi dan memproses data peribadi anda. Kami juga akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda dan cara pelaksaannya. Dari masa ke masa, kami mungkin juga akan menyediakan kepada anda, di mana relevan, dengan maklumat privasi tambahan dalam notis berasingan untuk saluran, produk, perkhidmatan, perniagaan dan aktiviti tertentu. Dalam notis privasi ini, “kami” merujuk kepada cawangan Kumpulan Standard Chartered, subsidiari atau entiti undang-undang yang beroperasi di bawah jenama Standard Charted yang anda berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memproses data peribadi anda dan memutuskan bagaimana data ini akan dikumpulkan dan digunakan. Kumpulan Standard Chartered bermaksud kepada setiap, atau secara kolektif, Standard Chartered PLC, subsidiarinya dan syarikat bersekutu, termasuk setiap cawangan atau pejabat wakil. Sila rujuk kepada bahagian “Hubungi Kami” dalam notis privasi ini untuk butiran ahli Kumpulan Standard Chartered yang berkaitan, yang menyediakan notis privasi ini. Sesetengah laman web syarikat bersekutu kami mempunyai identiti jenama mereka sendiri dan notis privasi mereka sendiri yang berasingan untuk memberikan maklumat yang relevan tentang produk dan perkhidmatan tertentu yang mereka sediakan. Anda harus merujuk kepada notis privasi yang relevan seperti yang diarahkan oleh syarikat bersekutu tersebut berkenaan dengan bagaimana mereka menggunakan data peribadi anda. Notis privasi ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan-iklan dalam talian kami dipaparkan atau dipautkan kepada laman web pihak ketiga yang berkaitan yang kami tidak operasikan atau kawal. Laman web ini seharusnya mempunyai notis peribadi mereka sendiri, yang anda boleh baca untuk memahami bagaimana mereka mengumpul dan memproses data peribadi anda dan hak-hak anda. Kami akan mengemaskini notis privasi ini dari semasa ke semasa. Anda boleh mencari tarikh versi terkini yang tersenarai di hujung notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai data peribadi anda, sila jangan ragu untuk menghubungi kami (anda boleh mencari butiran kami di bawah ‘Hubungi Kami’ di bawah).

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut tentang anda. Dalam notis privasi ini, “anda” merujuk kepada anda sebagai individu, sebagaimana yang relevan jika anda adalah:

  • seorang penjual individu;
  • seorang wakil, atau individu yang berkaitan dengan, seorang penjual individu; atau
  • seorang wakil, atau seorang individu yang berkaitan dengan syarikat, perniagaan atau organisasi yang merupakan perniagaan atau penjual korporat kami.

Data peribadi yang kami kumpul berkenaan dengan penjual terutamanya terhad kepada maklumat tentang pengarah dan pegawai, pekerja lain, pemilik manfaat secara langsung dan tidak langsung serta orang-orang yang diberi kuasa yang kami perlukan untuk memenuhi kewajipan usaha wajar kami, butiran penandatangan dan maklumat hubungan individu yang kami berhubung dengan untuk membolehkan penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kepada Kumpulan Standard Chartered.

Jika anda memberi kami data peribadi seseorang lain, anda mesti mempunyai kebenaran mereka dan menerangkan kepada mereka bagaimana kami akan menggunakannya.

Kami mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi berikut, mengenai anda sebagaimana yang relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Data identifikasi – maklumat yang mengenal pasti (secara unik atau semi-unik) anda. Sebagai contoh, nama anda, gambar anda, rakaman audio, CCTV dan video anda, data akses bangunan ke premis kami serta pengecam lain, termasuk pengecam rasmi/ kerajaan seperti nombor pengenalan, nombor pasport dan nombor pengenalan cukai
  • Data hubungan – maklumat yang membolehkan mengalamatkan, menghantar atau berkomunikasi mesej kepada anda. Sebagai contoh, e-mel anda, nombor telefon anda, dan alamat kediaman atau perniagaan anda
  • Data profesional – maklumat mengenai latar belakang pendidikan atau profesional anda. Contohnya, pekerjaan, gelaran, lesen dan keahlian profesional, dokumen yang membuktikan rekod prestasi industri, testimoni pelanggan, butiran pekerjaan semasa dan sebelumnya, curriculum vitae/resume, kelayakan profesional, rujukan dan visa kerja
  • Data kewangan dan komersial – maklumat yang mengenalpasti kedudukan kewangan dan latar belakang, status dan sejarah anda. Contohnya, butiran akaun anda semasa menerima pembayaran daripada kami, maklumat latar belakang anda, seperti laporan kredit kewangan perniagaan anda dan markah
  • Data geolokasi – maklumat yang menyediakan atau mangandungi lokasi peranti. Contohnya, alamat protokol Internet (IP) atau pengecam kuki anda
  • Data tingkah laku – maklumat analitik yang menggambarkan ciri-ciri tingkah laku anda. Sebagai contoh, tingkah laku melayari di laman web kami dan bagaimana anda berinteraksi sebagai pengguna produk dan perkhidmatan, atau yang disediakan oleh organisasi pihak ketiga, seperti rakan kongsi pengiklanan kami dan penyedia platform media sosial
  • Data hubungan peribadi – maklumat mengenai persatuan atau hubungan rapat di antara individu atau entiti yang boleh menentukan identiti anda. Sebagai contoh, agensi, syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
  • Data komunikasi – maklumat yang berkaitan dengan anda yang terkandung dalam suara, mesej, e-mel, dan komunikasi lain yang kami ada dengan anda.

Kadang-kadang, kami mungkin perlu mengumpul data peribadi yang lebih sensitif mengenai anda, tetapi kami hanya melakukan ini jika perlu dan dengan persetujuan anda, atau di mana dibenarkan oleh undang-undang. Data peribadi sensitif ini (kadang-kadang dikenali sebagai data peribadi kategori khas) mungkin termasuk perkara seperti:

  • Data asal keturunan atau etnik – maklumat yang mendedahkan asal keturunan atau etnik anda
  • Data biometrik – maklumat yang mengenal pasti anda secara fizikal. Sebagai contoh, maklumat pengenalan muka, sidik jari anda atau maklumat pengenalan suara
  • Data kesihatan – maklumat mengenai status kesihatan anda.
  • Data sabitan jenayah, prosiding atau dakwaan – maklumat mengenai sabitan jenayah atau maklumat berkaitan yang kami kenal pasti berhubungan dengan tanggungjawab pencegahan jenayah kewangan kami, sebagai contoh, butiran mengenai sebarang sabitan jenayah atau maklumat berkaitan. Ini termasuk butiran kesalahan atau dakwaan kesalahan atau sabitan.

Kami biasanya mendapatkan data peribadi anda secara langsung daripada anda, tetapi kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda dari sumber lain jika perlu, termasuk daripada:

  • Orang yang anda kenali – seperti rakan sekerja, kontraktor dan kenalan;
  • Perniagaan-pernigaan dan organisasi lain – seperti:
    • majikan anda dan/atau syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • institusi kewangan lain dan penyedia perkhidmatan kewangan
  • Sumber yang boleh didapati secara umum – seperti daftar atau direktori dalam talian atau penerbitan dalam talian, catatan media sosial dan maklumat lain yang boleh didapati secara umum.
  • Kuki – apabila anda melawat, melayari atau menggunakan laman web kami, perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih, kami mungkin menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat tertentu dari peranti anda secara automatik. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, di mana relevan, untuk analisis dalaman dan penyelesaian masalah, mengenali anda dan mengingat keutamaan anda, meningkatkan kualiti dan memperibadikan kandungan kami dan menentukan status keselamatan akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan bagaimana anda boleh mengawalnya semasa melawat laman web kami, sila rujuk kepada Dasar Kuki kami.

Kami mengumpul data peribadi anda untuk mengurus hubungan kita, atau individu, syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda mewakili atau berkaitan, serta menjalankan perniagaan kami.

Apa yang kami gunakan data peribadi anda untuk sentiasa dirujuk kepada tujuan kami dalam pemprosesan dan ini adalah dinyatakan di bawah. Kami secara amnya memproses data peribadi anda dengan persetujuan anda di mana diperlukan oleh undang-undang atau di mana dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.

Sementara pemberian data peribadi anda adalah sukarela, anda atau individu, syarikat, perniagaan atau organisasi yang anda berkaitan dengan atau mewakili mungkin tidak dapat menawar atau menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada kami jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan atau tidak mahu kami memproses data peribadi yang kami berpendapat perlu dan/atau diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami.

Tujuan Pemprosesan
Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, sebagaimana yang perlu, bergantung sama ada anda memberikan barang dan/atau perkhidmatan kepada kami secara langsung atau anda mewakili, atau berkaitan dengan, individu, syarikat, perniagaan atau organisasi lain yang memberikan barang dan/atau perkhidmatan kepada kami.

Onboarding, mengurus dan memantau hubungan penjual kami

Ini termasuk:

  • menjalankan usaha wajar penjual semasa onboarding, pembaharuan kontrak dan seperti yang diperlukan semasa pelaksanaan kontrak
  • berurusan dengan anda sebagai wakil penjual/penyedia perkhidmatan kami untuk tujuan memberikan barang dan/atau perkhidmatan kepada kami
  • mencipta dan mengekalkan akaun penjual kami
  • menghubungi anda
  • memantau prestasi kontrak penjual
  • menyelesaikan bil dan akaun.

Mengendalikan perniagaan kami

Ini termasuk:

  • melibatkan dalam pengurusan operasi perniagaan, seperti melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, aktiviti pengurusan risiko, audit dan memastikan operasi dan keselamatan komunikasi dan sistem pemprosesan kami
  • membangunkan, menguji dan menganalisa sistem, produk dan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, menawarkan laman web yang berfungsi dengan baik atau aplikasi lain kepada pengguna
  • memantau dan merakam komunikasi kami dengan anda, contohnya, panggilan telefon, untuk tujuan latihan dan kualiti.

Memastikan anda dan kakitangan kami selamat

Ini termasuk:

  • melakukan semakan pengesahan identiti untuk akses bangunan
  • menggunakan rakaman pengawasan CCTV di premis kami untuk tujuan mencegah dan mengesan penipuan dan/atau jenayah lain, seperti pencurian
  • menyiasat dan melaporkan kejadian atau kecemasan di hartanah dan premis kami
  • untuk keselamatan sistem dan rangkaian kami agar data anda selamat dan sulit
  • untuk tujuan pematuhan kesihatan dan keselamatan yang lain.

Mengesan, menyiasat dan mencegah jenayah kewangan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah atau aturan untuk berkongsi data dan maklumat dengan Kumpulan Standard Chartered
  • penggunaan lain data dan maklumat selaras dengan program seluruh kumpulan untuk pematuhan terhadap sekatan atau pencegahan atau pengesanan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang
  • melakukan semakan pengesahan identiti keselamatan terhadap pangkalan data kerajaan dan rasmi lain, sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang
  • memantau dan merakam komunikasi suara dan elektronik serta menyaring aplikasi dan transaksi berhubung dengan penipuan sebenar atau disyaki, jenayah kewangan atau aktiviti jenayah lain, sebagai contoh untuk mengesan tingkah laku transaksi yang luar biasa
  • merakam dan memantau komunikasi suara dan elektronik dengan kami, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, peraturan kami dan dasar dalaman.

Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang berkenaan

Ini termasuk:

  • memenuhi atau mematuhi dasar Kumpulan Standard Chartered, termasuk mengenal pasti individu dan menjalankan prosedur penyiasatan, langkah or aturan untuk berkongsi data dan maklumat dalam Kumpulan Standard Chartered
  • mematuhi undang-undang tempatan dan asing yang berkenaan, peraturan, kaedah, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, permintaan, garis panduan, sekatan kerajaan, embargo, keperluan pelaporan, sekatan, tuntutan dari atau perjanjian dengan mana-mana pihak berkuasa (termasuk pihak berkuasa cukai tempatan atau asing), mahkamah atau tribunal, agensi penguatkuasa atau badan pertukaran di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • mengikut sebarang garis panduan atau cadangan sukarela yang mungkin dikemaskini dari masa ke masa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa undang-undang, peraturan, kerajaan, cukai, penguatkuasaan undang-undang, atau pihak berkuasa lain, atau badan pengawal selia atau badan industri atau persatuan penyedia perkhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang relevan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.

Melaksanakan hak-hak undang-undang Kumpulan Standard Chartered dan menjalankan prosiding undang-undang

Ini termasuk:

  • menjejaki dan melaksanakan hak kami serta melindungi diri kami daripada ancaman terhadap hak dan kepentingan kami
  • menyimpan rekod yang mungkin diperlukan sebagai bukti untuk sebarang litigasi atau penyiasatan atau siasatan yang berpotensi
  • mendapatkan bayaran hutang dan tunggakan
  • menjalankan litigasi untuk menguatkuasakan hak kami atau hak mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • mendapatkan nasihat profesional
  • menyiasat atau membuat tututan insurans
  • menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding yang berkaitan dengan insurans
  • membelakan atau menjawab kepada sebarang perkara, tindakan atau prosiding semasa atau prospektif, mengenai undang-undang, kerajaan atau kuasi-kerajaan, badan pengawal selia, badan industri atau persatuan untuk menubuhkan, melaksanakan atau membelakan hak undang-undang.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Kumpulan Standard Chartered. Kumpulan Standard Chartered mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan seperti yang digariskan dalam notis privasi ini, termasuk dengan penyedia perkhidmatan kami, rakan niaga kami, pihak ketiga yang lain serta yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa. Siapa pihak-pihak tersebut bergantung kepada interaksi anda dengan kami sebagai individu.

Kami membataskan bagaimana, serta dengan siapa, kami berkongsi data peribadi anda, dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan data peribadi anda dijaga dengan sulit dan dilindungi apabila kami berkongsi. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemprosesan berikut, di mana relevan dan dibenarkan oleh undang-undang:

  • Ahli Kumpulan Standard Chartered yang lain
  • Pihak ketiga yang diberi kuasa
    • mana-mana orang lain yang anda telah memberi kuasa kepada kami dengan persetujuan anda untuk berkongsi data peribadi anda dengan.
  • Pihak ketiga yang boleh mengesahkan maklumat anda
    • biro kredit atau agensi rujukan kredit (termasuk pengendali mana-mana pangkalan data berpusat yang digunakan oleh agensi rujukan kredit)
    • pihak ketiga bukan kerajaan lain yang menjalankan pemeriksaan pangkalan data pencegahan jenayah kewangan untuk mencegah pengubahan wang haram, keganasan, penipuan serta jenayah kewangan lain.
  • Rakan perkhidmatan kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga
    • penasihat profesional seperti juruaudit dan peguam
    • syarikat insurans atau broker insurans
    • penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti penyedia perkhidmatan operasi, pentadbiran, pemprosesan data dan teknologi lain, termasuk sesiapa yang dilantik atau berkerjasama dengan untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan atau pembaikan dalam Kumpulan Standard Chartered atau penyediaan produk dan perkhidmatan
    • penyedia perkhidmatan profesional, seperti penyelidik pasaran, penyiasat forensik dan perunding pengurusan
    • syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial.
  • Organisasi perkhidmatan kewangan lain
    • institusi kewangan lain, seperti bank peniaga, bank koresponden atau bank nasional
  • Pihak berkuasa kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang
    • seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, yang termasuk mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, penguasa, badan pentadbiran, badan regulatori atau penyeliaan, mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan penukaran atau pihak berkuasa cukai domestik atau asing, yang mempunyai bidang kuasa ke atas mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda dan sama ada ahli Kumpulan Standard Chartered tersebut mempunyai hubungan dengan anda
    • badan pengawal selia sendiri atau persatuan penyedia pekhidmatan kewangan di mana-mana bidang kuasa yang berkenaan di mana Kumpulan Standard Chartered beroperasi.
  • Pihak ketiga lain
    • individu, syarikat, perniagaan atau organisasi, yang berkenaan, yang anda mewakili atau berkaitan dengan anda
    • pihak ketiga dalam kes penggabungan, pengambilalihan atau pelupusan: jika kami memindahkan (atau merancang untuk memindahkan) atau menyerahkan mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami. Jika transaksi ini berlangsung, pihak berminat mungkin menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda dengan cara yang sama seperti yang dinyatakan dalam notis privasi ini, and kemudiannya memberitahu anda tentang sebarang perubahan yang mungkin mereka lakukan sehubungan dengan bagaimana mereka memproses data peribadi anda
    • mana-mana orang lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada kami, termasuk mana-mana ahli Kumpulan Standard Chartered, yang telah mengusahakan untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Data peribadi anda mungkin diproses, disimpan, dikongsi, dipindah atau didedahkan oleh kami di dalam Kumpulan Standard Chartered atau dengan pihak ketiga lain untuk tujuan-tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini. Kami melakukan ini untuk beroperasi secara berkesan, cekap dan selamat dalam memudahkan transaksi serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami, untuk menambahbaik serta menyokong proses kami dan operasi perniagaan serta untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami. Ini mungkin melibatkan pemprosesan, penyimpanan, perkongsian, pemindahan dan pendedahan data peribadi anda merentas sempadan ke bidang kuat kuasa lain.

Apabila penerima data peribadi anda berada dalam bidang kuasa yang di luar Malaysia, dan mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data tempatan yang serupa dengan Malaysia, kami akan mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi anda mempunyai tahap perlindungan dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan mencukupi untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Kami mengambil keseriusan terhadap privasi dan keselamatan data peribadi anda. Untuk melindungi data anda, kami telah menetapkan pelbagai langkah teknikal, fizikal dan organisasi untuk melindungi dan merahsiakan data peribadi anda, sebagai contoh, dengan menggunakan kontrak dengan syarat kerahsiaan, perlindungan data dan keselamatan yang sesuai dalam perjanjian kami dengan pihak ketiga. Kumpulan Standard Chartered telah melaksanakan dasar keselamatan dan privasi data, termasuk prosedur pengurusan dan pelaporan insiden, peraturan dan langkah teknikal untuk melindungi data peribadi serta mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan. Kami melatih dan memerlukan pekerja kami yang mengakses data peribadi anda untuk mematuhi standard privasi dan keselamatan data kami. Kami memerlukan penyedia perkhidmatan kami, atau pihak ketiga lain yang kami mengguna khidmat serta yang kami mendedahkan data peribadi anda untuk melaksanakan standard serta langkah kerahsiaan, privasi data dan keselamatan yang serupa semasa mereka mengendalikan, mengakses atau memproses data peribadi anda.

Untuk tujuan yang diterangkan dalam notis privasi ini, kami menyimpan data anda atas sebab operasi peniagaan atau undang-undang semasa anda berurusan dengan kami dan mungkin menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh masa selepasnya, bergantung pada jenis data peribadi tersebut, mengikut standard dasar penyimpanan data kami dan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami akan memadam, menganonimkan, memusnahkan dan/atau berhenti menggunakan data peribadi anda apabila kami tidak memerlukannya lagi.

Kami menghormati data peribadi anda, dan anda mempunyai hak-hak berikut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda:

  • Hak anda untuk mengakses data anda – anda mempunyai hak untuk menyemak sama ada kami memegang data peribadi mengenai anda, dan anda boleh meminta salinan data tersebut dan maklumat tentang bagaimana kami telah menggunakannya.
  • Hak anda untuk membetulkan data anda – jika butiran peribadi anda telah berubah, atau anda percaya kami mempunyai maklumat yang salah atau luput tentang anda, anda boleh meminta kami mengemaskini maklumat tersebut.
  • Hak anda untuk memadamkan data anda – anda boleh meminta kami memadam data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk menyekat atau membantah pemprosesan – anda boleh meminta kami berhenti menggunakan data anda atau mengubah cara-cara kami menggunakannya. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan butiran peribadi tertentu untuk berurusan dengan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.
  • Hak anda untuk membantah pembuatan keputusan automatik – anda boleh meminta kami mengkaji semula keputusan yang dibuat semata-mata melalui pemprosesan automatik jika keputusan tersebut memberi kesan negatif kepada anda.
  • Hak anda untuk kemudahan peralihan data – anda boleh meminta kami menyediakan data peribadi anda kepada organisasi lain dalam format yang muda dibaca oleh mesin
  • Hak anda untuk tidak memberi atau mengubah atau menarik balik persetujuan – dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan persetujuan tersebut atau memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda telah berubah fikiran tentang persetujuan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda tanpa data peribadi tertentu.
  • Hak anda untuk menarik diri daripada pemasaran langsung – anda boleh menarik balik persetujuan anda dan memberitahu kami pada bila-bila masa untuk berhenti menghantar e-mel pemasaran atau jemputan ke kaji selidik pada bila-bila masa.

Kami akan bertindak balas kepada permintaan untuk melaksanakan hak data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Kami mungkin meminta anda untuk mengesan identiti anda sebelum memproses permintaan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang hak-hak anda, sila hubungi kami melalui butiran di bawah.

Syarikat-syarikat berikut dari Kumpulan Standard Chartered bertindak sebagai pengguna data (kadang-kadang dikenali sebagai pengawal dalam bidang kuasa lain) yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda di Malaysia:

  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad
  • SCBMB Trustee Berhad

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang notis privasi ini atau ingin melaksanakan sebarang hak-hak perlindungan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di:

Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
Tingkat 25,
Equatorial Plaza,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Nombor Pusat Perhubungan:

1300 888 888 (Panggilan dari dalam Malaysia) /
03-7711 8888 (Panggilan dari luar negara)

E-mel: Malaysia.Feedback@sc.com

Ada aduan?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau aduan mengenai bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami. Anda boleh menghubungi orang-orang yang dirujuk di atas untuk ini atau mengenai hak perlindungan data peribadi anda.

Kuki

Sila merujuk kepada Dasar Kuki berasingan kami.

Terma dan syarat lain

Mungkin terdapat terma dan syarat khusus dalam perjanjian penjual kami yang mengatur pengumpulan, kegunaan dan pendedahan data peribadi anda. Terma dan syarat lain sedemikian mesti dibaca bersama-sama dengan notis privasi ini.

Notis privasi ini telah dikemaskini pada 22 Ogos 2023. Dengan meneruskan penggunaan produk atau perkhidmatan kami, mengakses laman web kami, memberikan data peribadi anda kepada kami, dan/atau hubungan anda dengan kami, anda dengan ini bersetuju untuk data peribadi anda dikumpul, disimpan, digunakan, diproses dan didedahkan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis privasi ini, termasuk pemindahan data peribadi anda ke negara-negara lain selain dari negara/wilayah di mana anda asalnya memberikan data tersebut, mulai dari tarikh berkuat kuasanya.

BACK TO TOP

Disclaimer

This is to inform that by clicking on the hyperlink, you will be leaving www.sc.com/my and entering a website operated by other parties:

Such links are only provided on our website for the convenience of the Client and Standard Chartered Bank does not control or endorse such websites, and is not responsible for their contents.

The use of such website is also subject to the terms of use and other terms and guidelines, if any, contained within each such website. In the event that any of the terms contained herein conflict with the terms of use or other terms and guidelines contained within any such website, then the terms of use and other terms and guidelines for such website shall prevail.

Thank you for visiting www.sc.com/my

 

PROCEED